Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

INI SEBAB KENAPA WAJIB TOLAK DAP

DAP ni kuat wayang. Tu pasal bos depa, lekat dengan nama Menteri Kewayangan. Cakap pandai, tapi cakap tak serupa bikin! #SuaraOrangRamai #TolakDAP Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/868505724073643/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Abah tak dapat rotan

Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat satu lagi anggota baharu apabila Majlis Tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) meluluskan usul untuk menyertai PN pada Ahad lepas. LDP, seperti juga parti GERAKAN, bukanlah suatu entiti yang mampu menambah kekuatan PN. Bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah itu bertanding secara bersendirian di 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri Sabah pada September tahun lepas namun kalah kesemuanya, termasuk Presidennya, Chin Su Phin. GERAKAN yang menyertai PN bulan lepas juga tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen mahupun DUN. Setelah keluar daripada BN, parti itu pernah bertanding sekali dalam pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Tangjung Piai. Ketika itu, ia mempertaruhkan Timbalan Setiausaha Agung parti, Wendy Subramaniam. Wendy sekadar memperolehi sekitar 4% undi dan hilang wang deposit.  PN kini dianggotai PPBM, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif S...

Abah Muhyiddin takut #undi18 ke?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin dipandang serong apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan penangguhan pelaksanaan #Undi18 sehingga September 2022 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Undi 18, atau Rang Undang-undang (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan majoriti 2 pertiga pada 16 Julai 2019.  Apa pun alasannya, Muhyiddin dilihat cuba mengelak daripada 'pengadilan' golongan pengundi muda yang bakal mengundi kali pertama dalam pilihan raya umum (PRU) kelimabelas yang dijangka diadakan dalam tahun ini, memandangkan golongan tersebut biasanya lebih cenderung untuk tidak menyokong kerajaan yang sedang memerintah.  Sebelum ini, beliau dilihat memperalatkan proklamasi darurat untuk menggantung persidangan Dewan Rakyat, sekali gus menyekat proses demokrasi berparlimen serta semak dan imbang. Tindakan ini...

PAS tak ada kuasa VS PAS ada kuasa

MASA TAK BERKUASA......... Abdul Hadi Awang meminta pihak yang membantah cadangan menurunkan had umur mengundi tidak menggunakan alasan anak muda masih mentah pada usia 18 tahun kerana ia bukan salah generasi muda tidak tahu kepentingan mengundi. "Bimbang anak muda mentah lagi, mentah sebab silap kita, bukan silap dia. Kita perlu mendidik mereka supaya sedar dan memahami masalah politik," katanya ketika menyampaikan kuliah perdana di Taman Melewar hari ini. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/14/jangan-guna-alasan-mentah-bantah-usul-undi-18-tahun-kata-hadi/ MASA BERKUASA.......... Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyokong langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran mengundi secara automatik. Menurut Abdul Hadi, penetapan mengundi pada umur 18 tahun adalah berpandukan kepada konsep demokrasi ciptaan Barat. "Undi bergantung kematangan. Jangan undi 18 tahun sahaja, mestilah ada kematangan. ...

Tak payah bayar roadtax / lesen memandu sebab Menteri MCA bagi pengecualian

Mungkin terdapat beberapa kes di mana orang ramai telah disaman kerana memiliki Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor (roadtax) yang telah tamat tempoh? Sedangkan Kementerian Pengangkutan telah memberi pengecualian kepada para pemandu kenderaan persendirian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu dan Roadtax sepanjang tempoh PKP.  Dengan syarat mereka memiliki perlindungan insurans yang sah, dan mereka harus menunjukkan sijil perlindungan ini (e-cover note insurans) sekiranya diminta apabila ditahan pihak penguatkuasa. Malahan, pengecualian ini telah diberi seawal Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan ia telah dilanjutkan beberapa kali, dengan yang terbaru adalah dari 1 April hingga 31 Mei 2021.  Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak perlu memperbaharui Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor mereka. Ini bukan alasan untuk mereka melanggar undang-undang, tetapi sebaliknya, mereka diberi tempoh sehingga 60 hari untuk membuat demikian selepas lesen mereka tamat...

Pembangkang bangkang membuta tuli

Menjadi Ketua Pembangkang tidak semestinya kita perlu sentiasa membangkang, apatah lagi apa yang dibangkang itu sesuatu yang mengarut seperti kenyataan Dato' Sri Anwar Ibrahim ini. "Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan." https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10161451235396840 Sudah SOP begitu, bukannya rumit untuk membebankan rakyat. Semakan yang dibuat sudah tentulah bagi kebaikan semua. Nanti kalau ada orang potong Q macam mana? Kalau ada unsur salahguna kuasa, macam mana? Sebab itulah pegawai KKM buat dengan begitu teliti dalam kerja mereka. Lagi satu, ada 3 cara untuk daftar dapatkan vaksin iaitu : Aplikasi MySejahtera website vaksincovid.gov.my Hubungi 1800-888-828 Malah ramai juga parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC serta NGO-NGO yang turun padang termasuk ke kawasan pedalaman untuk membantu masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin. Admin rasa Anwar ...

Namewee gelar DAP ekstremis???

Pemimpin DAP, P Ramasamy, menghentam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana tidak memohon maaf atau sesal berhubung perkataan "keling" dalam kamus. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/23/mana-permohonan-maaf-ramasamy-hentam-dbp-atas-isu-keling-dalam-kamus/ Apa kata P Ramasamy atau DAP tentang filem Namewee, babi? https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/22/terima-kasih-tak-tahan-saya-kata-namewee-selepas-beri-keterangan-kepada-polis/ Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864812794442936/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

#KlusterMahkamah

Walaupun Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15, namun beliau juga berkata bahawa DAP masih sedia bekerjasama dengan UMNO dalam "isu rakyat". Akan tetapi, bukankah kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin UMNO juga dianggap sebagai "isu rakyat"? Bukankah kes-kes penyalahgunaan kuasa oleh orang-orang UMNO ini telah menjejaskan kepentingan rakyat?  Lebih baik DAP menjauhi diri daripada UMNO. Tak kira ia "isu rakyat" ke "isu politik" ke, jangan-jangan kita lupa akan "kluster mahkamah" ini, seperti kes babitkan Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Isa Samad dan Abdul Azeez, di mana mereka ini telah didakwa di mahkamah ataupun tengah disiasat. Adakah DAP sudah lupa akan kes 1MDB, ataupun barang-barang mewah yang dirampas dari rumah Rosmah yang bernilai berjuta-juta ringgit? Adakah DAP sudah lupa akan isu "pink diamond" Rosmah dan "derma" yang dimasukkan terus ke dalam akau...

Kemaruk Kuasa : 5 je MP PH bantah, selebihnya sokong kerjasama dengan UMNO

Sejak akhir-akhir ini dunia politik negara kembali kecoh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali memberi 'hint' kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bukan sesuatu yang mustahil. https://www.astroawani.com/berita-politik/anwar-ibrahim-sahkan-wujud-rundingan-pkr-dengan-umno-288124 Malangnya, kenyataan Anwar yang juga disokong Lim Guan Eng ini bukanlah dipersetujui oleh semua ahli PH. Penyokong tegar PH pastinya marah dan kecewa dengan tindakan Anwar ini. Rakyat bertambah kecewa apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan parti rakan gabungan atau parti yang lain termasuk UMNO. https://www.sinarharian.com.my/article/129183/BERITA/Politik/DAP-terbuka-bekerjasama-dengan-UMNO Tetapi seperti dijangka, DAP terus dengan sifat munafiknya dengan menghantar Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong...

Apa cerita kes DAP langgar SOP masa Konvensyen Perak?

14 Mac 2021 : Polis siasat pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796240/bhplus Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864168504507365/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

DAP bapak kewayangan negara

#DAPstyle Kata telus, bebas rasuah. Tapi siapa yang terpalit dengan skandal terowong RM6bilion? Kata pertahankan sistem kehakiman. Tapi siapa punya kes rasuah yang digugurkan selang beberapa bulan mendapat kuasa? Kata anti nepotisme (main kabel). Tapi anak beranak siapa yang kuasai Pulau Pinang? Anak beranak siapa yang ada dinasti? Kata perjuangkan hak dan kebebasan. Tapi kenapa bila ahli sudah menolak, tetap juga mahu bagi jawatan pada si kalah? Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864112747846274/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

DAP pecahbelah BUKAN muhibah

Secara asasnya MUHIBAH bermaksud perasaan persahabatan dan kemesraan. Jadi, tidak salah DAP menggunakan tema 'Demokratik, Adil, Peduli: Muhibah' untuk sambutan ulang tahun yang ke-55 pada 18 Mac 2021 lalu.  Tapi sayang...tindakan dan perbuatan yang dibuat DAP tidak langsung menggambarkan bahawa parti mereka mengamalkan konsep muhibah. Malah, DAP juga didakwa sebagai parti yang memperkenalkan politik perkauman sejak ia ditubuhkan dengan tujuan memecahbelahkan kepercayaan rakyat berbilang bangsa di negara ini. Bukti? 1. Lim Guan Eng mendakwa kerjasama UMNO-PAS umpama pengisytiharan perang terhadap golongan bukan Melayu. Orang Melayu tidak mahu bermusuh dengan orang bukan Melayu, jauh sekali untuk 'berperang'. Guan Eng perlu tahu yang ditentang bukannya orang bukan Melayu, tetapi DAP!!! https://www.malaysiakini.com/news/466850 2. Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Nga Kor Ming telah mendakwa kerjasama UMNO - PAS akan memecah-belahkan rakyat. Bukan itu sahaja, Kor Mi...

JUST IN : DAP lamar UMNO

DAP lamar UMNO, demi survival politik DAP "Bagi DAP sudah tentu kami bersedia untuk berbincang," kata Loke dalam wawancara bersama Astro Awani malam tadi. https://www.malaysiakini.com/news/567201 #FLASHBACK : Kit Siang label UMNO seperti Nazi https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/12/222298/kit-siang-label-umno-seperti-nazi Umno-PAS akan jadikan Malaysia macam Afghanistan, kata pemimpin DAP https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/139016 Umno, MCA kecam kenyataan 'isyarat perang' Guan Eng https://www.malaysiakini.com/news/466916 Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/862407958016753/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

DAP SEDIA KERJASAMA DENGAN 'NAZI'?

DAP sudah lama terkenal dengan sikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri. DAP sanggup buat apa sahaja asalkan keinginan mereka dipenuhi. Jangan tertipu kalau DAP kata apa sahaja usaha yang mereka lakukan selama ini adalah demi kepentingan rakyat, kerana itu semua tipu! Mereka tak akan berhempas-pulas buat sesuatu perkara kalau ia bukan 'jalan' untuk mereka mencapai matlamat. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata mereka akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat. https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-ulangi-pendirian-kerjasama-dengan-umno-untuk-tangani-isu-rakyat-guan-eng-286778 Biar betul Guan Eng ni? Takkan DAP nak bekerjasama dengan 'Nazi'. Lim Kit Siang - bapa Guan Eng pernah labelkan UMNO seperti Nazi.  https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/12/222298/kit-siang-label-umno-seperti-nazi DAP tak perlu nak bersikap 'super hipokrit' seolah-oleh parti mereka sahaja yang bersih. Sikap hipokrit...

Ini dia kompaun baru siapa yang langgar SOP

Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan memaklumkan kompaun dikenakan berdasarkan tiga kategori kesalahan bawah Akta 342 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (pindaan 2021). Menurutnya, kategori itu ditetapkan sebagai tinggi, sederhana, normal. Katanya, pesalah pertama kali dalam kategori "normal" - seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul - akan didenda RM1,500. Takiyuddin memberikan contoh kesalahan kategori "tinggi" seperti pengunjung kelab malam yang akan dikenakan denda maksimum RM10,000. Menteri itu juga berkata kerajaan menawarkan diskaun antara 50 ke 25 peratus sekiranya pesalah membayar denda awal. Diskaun 25 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh hari kelapan hingga 14 hari, manakala diskaun 50 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh tujuh hari, jelasnya. Menurut Takiyuddin lagi, pertimbangan rayuan bagi pengurangan nilai kompaun akan diberikan bagi individu kategori OKU, pelajar...

ANTARA DUA DARJAT

#tolakDAP -- Sent from Gmail Mobile

Perbezaan zaman PH dengan PN

Cybertrooper Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menyerang tanpa usul periksa malah tidak membaca berita penuh dalam cubaan mempertahankan 'majikan' mereka secara membabi buta. Apa gunanya mereka menyerang Menteri Pengangkutan Datuk Sri Wee Ka Siong atas pengumumannya berkaitan kejayaan Program Pas Tanpa Had My30 dan MyRail5 yang berjaya menarik sejuta pengguna?  https://malaysiagazette.com/2021/03/10/hampir-sejuta-langganan-pas-perjalanan-my30-wee-ka-siong/ Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menafikan bahawa My50 dan My100 dimulakan oleh Menteri Pengangkutan era PH, Anthony Loke, pada penghujung 2018 untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor. Ini turut disebut oleh Ka Siong. Jadi tidak timbul soal PN cuba mengambil kredit daripada kejayaan ini sebagaimana didakwa oleh pahlawan-pahlawan keyboard PH tersebut. Namun penyokong-penyokong PH juga tidak boleh mengatakan pencapaian ini milik mereka semata-mata. Ini adalah kerana kerajaan PN t...

Perbezaan DAP dengan MCA

Pihak tak bertanggungjawab anjur majlis yang dihadiri ramai tanpa pematuhan SOP wajar dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi! Mana-mana pihak termasuk parti politik wajar dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti bersalah menganjurkan majlis yang dihadiri ramai tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini termasuklah penganjuran Konvensyen DAP Perak yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan sebagaimana dilaporkan oleh media, sekaligus mengundang rasa tidak senang orang ramai. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796224/polis-tak-terima-permohonan-permit-konvensyen-dap-perak Ini kerana, penganjuran konvensyen tersebut dilihat tidak mematuhi SOP serta tidak mengamalkan norma baharu seperti rakyat lain. Para pemimpin DAP bukan sahaja berkumpul secara ramai dalam dewan tertutup malah juga dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Dikhuatiri berlakunya penularan wabak s...

Say no to ANTARA DUA DARJAT! Kompaun RM20juta sebab langgar SOP?

DAP ni macam ketam ajar anak jalan lurus. Kalau dah mak apaknya memang dah jalan senget, mana maunya anak jalan lurus? DAP poyo je kata mahu bantu khidmat guaman secara percuma kalau ada yang kena kompaun RM10,000 kerana langgar SOP. Tapi DAP sendiri yang dilihat langgar SOP? Ada kira-kira 2,000 yang hadir konvensyen DAP Perak semalam. Kalau semua kena kompaun, mungkin kompaun cecah RM20 juta. Oklah tu nanti DAP bolehlah buat kutipan derma raih simpati. Mintak orang ramai bagi derma pada DAP untuk langsaikan kompaun RM20 juta. Jangan lupa kata, ini satu penindasan terhadap DAP oleh parti lawan!  Ini semua salah Najib Razak ! Hahaha Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/859881154936100/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

KALAU TAK FITNAH… BUKANLAH DAP NAMANYA…

Kalau DAP terdesak sangat nak dapatkan sokongan anak-anak muda sekalipun, tak perlu 'spin' kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong seolah-olah Pemuda MCA takut dan tolak #UNDI18.  Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah berkongsi link dan artikel Malaysiakini yang bertajuk "Influx of young voters a big challenge, warns MCA Youth chief" di facebooknya. Bukan itu sahaja, Chin Tong turut sertakan caption "A party that is scared of young voters has no place in the society. Dissolve parliament only after #Undi18 is implemented!". https://www.facebook.com/100044163409626/posts/280703490078429/ Apa yang Chin Tong cuba lakukan? Adakah beliau cuba nak hasut rakyat dengan memberi gambaran Pemuda MCA menolak #UNDI18? Mungkin Chin Tong tak baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Nicole bahawa Pemuda MCA tidak pernah takut dan tidak akan menolak pelaksanaan #UNDI18. Malah, Pemuda MCA turut menggesa kerajaan supaya tetap berpegang kepada perk...

Cabaran kepada Dinasti Lim

Kulasegaran dan Thomas Su Keong Siong telah mengumumkan pencalonan mereka secara terbuka untuk mencabar pasukan Nga Kor Ming dalam pemilihan pimpinan DAP Perak Ahad ini, setelah lebih 10 tahun tidak menyertainya. Kula memberi alasan barisan kepimpinan sedia ada di bawah Kor Ming tidak inklusif sehingga berlaku beberapa insiden lompat parti mengakibatkan kerajaan negeri yang didukung DAP tumbang sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan 2020. Inilah peluang terbaik untuk Kula dan pasukannya kembali bertapak memandangkan imej Kor Ming yang tercalar. Malah Kula sendiri mendapat kekuatan baharu setelah dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 2018, mengatasi Kor Ming yang walaupun begitu mengidamkan jawatan menteri, terpaksa akur dengan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Kor Ming malah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng perlu berhati-hati kerana Kula serta lain-lain pemimpin DAP yang sewaktu dengannya di seluruh negara mewakili suara akar umbi yan...

DAP NAK GANTI MCA?

Sejak penubuhannya, pemimpin-pemimpin DAP sering menuduh UMNO sebagai ekstremis, namun sekarang, mereka sanggup kerjasama dengan musuh lamanya kononnya demi "kepentingan rakyat".  Biar betul ni. DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat ke, atau kepentingan politik peribadi mereka? Nampak sangat DAP mahu ganti MCA, tapi masalahnya, adakah DAP boleh bersifat inklusif dan moderat seperti MCA?  Sikap MCA yang sederhana dan tidak ekstremis yang membantu mengukuhkan kejayaan Perikatan, dan kemudiannya Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan selama 60 tahun. Sejak mula lagi, MCA terlibat dalam usaha menuntut kemerdekaan negara, dan kemudiannya bersama-sama UMNO dan MIC dalam pentadbiran negara. Malah, ketika zaman komunis dulu, wakil-wakil MCA lah yang ke depan dalam rundingan pendamaian dengan Parti Komunis Malaya. Jelas dilihat MCA mempunyai pengalaman dan terus komited dalam perjuangannya untuk masyarakat serta negara Malaysia. Adakah DAP mampu melakukan perkar...

PH CELARU IDENTITI, KEMARUK KUASA

ANWAR IBRAHIM (3pm) Rundingan kerusi dalam PH sudah bermula, tak tolak kerjasama Umno https://www.malaysiakini.com/news/565745 LIM GUAN ENG (6pm) Lim: Tiada kerjasama DAP, Umno pada PRU15 https://www.malaysiakini.com/news/565779 Sumber  https://www.facebook.com/334206690836885/posts/856074391983443/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

ANWAR MERANGKAK KE PWTC TAGIH SOKONGAN

Belum sampai PRU 15 tetapi PH sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka yang gila kuasa. Tapi memang mereka puak yang gila kuasa pun.... Sebelum ini Nga Kor Ming dari DAP Perak juga pernah kata sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri Perak. https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-sedia-kerjasama-dengan-umno-tubuh-kerajaan-di-perak-272169 Sekarang nampaknya giliran Anwar Ibrahim pula kata sedia bekerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang. https://www.malaysiakini.com/news/565745 Adakah Anwar begitu terdesak mencapai impiannya untuk menjadi PM (entah kali ke berapa) sehingga sanggup "berkongsi bantal" dengan musuh lamanya? Kan selama ini UMNO pernah kata "NO DAP, NO ANWAR". Ini bukti jelas bahawa UMNO sudah menolak apa jua kerjasama dengan Anwar dan DAP. Namun, sekarang kita lihat pula seolah-olah Anwar yang datang merayu kepada UMNO untuk bekerjasama dengan PKR. Anwar tengah merangkak ke PWTC ke tu....?   Anwar ni sangat harapkan sokon...

ABAH KAU punya perangai

Pada 28 November 2020, abah kau kata; "Kerajaan akan kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan," https://www.utusan.com.my/berita/2020/11/bubar-parlimen-selepas-covid-19-berakhir/ Eh jap, pandainya abah kau cakap pasal mandat rakyat? Abah kau jadi PM sebab menang PRU ke berapa? Pada 4 Februari 2021, abah kau dan isterinya terbang ke Indonesia.  Rakyat tak boleh rentas negeri. Tapi abah kau boleh rentas negara habak hang. Puak Bunga Taik Ayam kata, "dia PM kot. Kau bukan PM."  Hurm.... Berapa puluh bilion pelaburan Indonesia masuk Malaysia? Oh ya, masa ni, vaksin tak sampai ke Malaysia pun lagi. https://www.sinarharian.com.my/article/122344/BERITA/Nasional/Muhyiddin-tiba-di-Jakarta-untuk-lawatan-rasmi-ke-Indonesia Vaksin pertama sampai pada 21 Februari 2021. Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pad...

DAP bedebah

Lim Kit Siang dan DAP kalau bercakap bukan main lagi manisnya. Hakikatnya? Selama 22 bulan rakyat semua bangsa merana bawah pentadbiran PHDAP. #DAPbedebah Sumber

Anwar sudah hilang kredibiliti

  Jelas sekali Anwar sudah hilang kemampuannya untuk memimpin ataupun mengekalkan keyakinan orang ramai sejak tahun lepas. Sekiranya dia betul-betul masih berpengaruh dan masih dihormati, Anwar sudah boleh mengambil balik kerajaan daripada Muhyiddin pada tahun lepas apabila dia mendakwa dirinya mempunyai majoriti. Namun, seperti cerita budak pengembala kambing dengan serigala, Anwar sudah kehilangan respect orang ramai. Sudah beberapa kali dia mendakwa ada majoriti? Siapa mahu percaya Anwar sekarang? Anwar dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan https://www.bharian.com.my/.../anwar-dakwa-miliki... Anwar enggan tunjuk sokongan lepas tak dapat kerjasama MP Umno https://www.malaysiakini.com/news/552679 Sudah sampai masanya DAP mencari pemimpin yang baru untuk menggantikan Anwar. Kita tidak mahu lagi bergantung kepada orang tua yang syok sendiri seperti Mahathir dan Anwar. Berilah laluan kepada seorang yang lebih muda. Cadangan Shafie Apdal sebagai calon PM yang baru untuk PH adalah lang...

Mana JKOM? Mana pergi peruntukan RM40.5 juta?

Sejak politik negara kucar-kacir selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pimpinan negara, desas-desus untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sering diperkatakan. Tapi, ia senyap apabila negara bergelut 'berperang' dengan pandemik COVID-19. Kini, PRU15 kembali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin negara. Tambahan lagi vaksin COVID-19 telah tiba di Malaysia dan golongan kategori pertama khususnya barisan hadapan sudah mula mendapatkan suntikan tersebut. Utusan ada membuat online poll dengan soalan 'siapakah calon PM pilihan anda?'. Apa yang lebih mengejutkan, Datuk Seri Najib Razak telah mendahului online poll tersebut. Bagaimana seseorang yang difitnah oleh PH sebagai seorang 'penjenayah' suatu ketika dahulu boleh mendahului carta? Adakah ini bukti bahawa rakyat sudah mula kembali mempercayai Najib Razak? Bagaimana pula dengan Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN)? Najib Razak kini dilihat lantang bersuara hanya untuk membersihkan namanya d...

Politik Muhyiddin

Susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa, tumpuan kini kembali diberikan kepada isu sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menguasai sokongan majoriti di Parlimen. Belum pun tarikh persidangan dimuktamadkan, Pembangkang menerima tamparan hebat apabila 2 Ahli Parlimen (MP) PKR dari Julau dan Tebrau, mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 28 Februari. Kedua-duanya memberikan alasan keyakinan terhadap Muhyiddin dalam membawakan kestabilan dan pembangunan. Nyata Muhyiddin tidak menunggu durian runtuh, sebaliknya sudah mengatur gerakan politiknya sekian lama. Tempoh setahun menerajui kerajaan telah digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan prestasi yang memuaskan. ‘Abah’ tidak melakukannya bersendirian. Dengan disokong barisan pemimpin dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman, kerajaan PN menerima pujian terutamanya di atas usaha meng...

Mahathir semakin dilupakan

Nampaknya Tun Dr Mahathir semakin hilang kredibilitinya dan pengaruhnya. Gesaan pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau supaya Parti Amanah Negara (Amanah) melupakan Tun Dr Mahathir dan kekal bersatu dengan gabungan PH membuktikan semakin ramai ahli DAP telah muak akan sikap PM ke-8 yang sering mengkhianati rakan sekutunya. Ini susulan tindakan tiga ADUN Amanah di Johor keluar dari parti berkenaan untuk menyertai PKR yang dikatakan berpunca daripada sikap beberapa pemimpin Amanah yang masih memilih untuk berbaik-baik dengan Tun Dr Mahathir. Gesaan Dr Boo ini jelas membuktikan DAP sudah tidak tahan dengan Mahathir, dan mereka mula tunjuk rasa benci terhadapnya walaupun sebelum ini mereka sanggup menggadai maruah mereka dan menerima “diktator” ini sebagai Perdana Menteri mereka. Malangnya bagi DAP, sokongan mereka pula dibalas dengan pengkhianatan apabila Mahathir menyebabkan tumbangnya kerajaan PH hanya 22 bulan selepas menjadi kerajaan. Sebenarnya ini bukan sesuatu yang menghairankan. Keb...

Teringat hari terkejut Malaysia - Kes Guan Eng tiba-tiba gugur lepas PRU14

  Korang rasa? ......................................... Kritikan terhadap keputusan mahkamah tidak sepatutnya disamakan dengan menghasut mahupun dilihat sebagai mempersoalkan kewibawaan kehakiman, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Dia merujuk kenyataan yang dibuat Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago setelah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman denda RM500,000 kepada laman berita itu atas sabitan menghina mahkamah. https://www.malaysiakini.com/news/563900 Sumber

JANGAN JADI BACUL, SEGERA IKTIRAF PENGUNDI MUDA!

Undi 18 merupakan salah satu usul bersejarah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dari BN dan PH walaupun dari pihak berlawanan. Ini membuktikan betapa pentingnya usul ini dan betapa dekatnya isu ini di hati rakyat. Ia tidak boleh dinafikan bahawa usul Undi18 ini amat signifikan, dan merupakan langkah yang baik ke arah pembukaan proses demokrasi kepada golongan rakyat yang lebih besar untuk menentukan halatuju dan masa depan negara. Sekiranya BN dan PH boleh mengenepikan perbezaan politik masing-masing untuk menjayakan usul Undi18 ini di dalam Parlimen, maka kerajaan PN hari ini wajar memastikan Undi18 berjaya dan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini sepertimana yang telah dijanjikan. Laporan media pada Julai 2019 : Undi 18: RUU lulus, Ahli Parlimen beri sokongan majoriti lebih dua pertiga https://www.astroawani.com/.../undi-18-ruu-lulus-ahli... Janganlah menafikan hak mengundi belia kita dengan pelbagai alasan seperti mereka “tidak bersedia” atau mereka “terlalu muda”. Janganlah ...

WEE KA SIONG BENCI KARENAH BIROKRASI, MAHU URUSAN RAKYAT DIPERMUDAHKAN

  Ini dapat kita lihat menerusi posting FB beliau pada 15 Februari 2021. Katanya, PENERIMA PRIHATIN 2020 LAYAK MENDAPATKAN BANTUAN TUNAI ‘ONE OFF’ RM500 BAWAH PAKEJ PERMAI TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN Ya, TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN. Sumber : https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1833542020146627 Salute pada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Presiden MCA yang menerajui Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan sentiasa mementingkan rakyat. Buat apa jadi menteri kalau menyusahkan rakyat dengan karenah birokrasi kan? Dengan pengumuman Ka Siong ini, maka lebih 118,000 pemandu-pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran kini boleh menarik nafas lega. Tak payah lagi bersusah payah dan buang masa buat permohonan untuk dapatkan bantuan PERMAI. Tiba-tiba admin teringat video viral bekas menteri dari DAP dulu, Anthony Loke. Dia punya trademark, "I don't care'! https://fb.watch/3OU03pitXe/ Langsung tak ada simpati pada rakyat. Sedangkan mah...

Kenapa DAP tak suka kongsi kuasa

Sekali lagi DAP dibuktikan sebagai sebuah parti perkauman sempit yang tidak suka berkongsi kuasa. Pakar strategis parti Liew Chin Tong dalam temubualnya dengan Eddin Khoo menekankan bahawa DAP tidak sepatutnya ‘mewakilkan’ sebuah parti Melayu (baca Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM) untuk memenangi undi Melayu bagi pihaknya. Apabila perkataan ‘tidak sepatutnya’ digunakan, bermakna DAP memang tidak suka melihat PPBM yang DAP sentiasa berasa sangsi, bertapak di kawasan-kawasan majoriti Melayu sebagaimana UMNO, namun terpaksa akur apabila keadaan memaksa. Kenapa DAP terpaksa menumpang populariti bekas Perdana Menteri selama 22 tahun Tun Dr Mahathir serta menyorok di bawah panji-panji PKR untuk meraih undi Melayu ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14, kalau bukan kerana sifat dan kelakuan parti itu sendiri selama ini yang memang memperjuangkan isu-isu Cina yang sempit tanpa mengambil kira kemajmukan komposisi rakyat Malaysia? Chin Tong sendiri mengakui dalam tulisannya di The New Straits...

Orang Melayu benci DAP

Sejak dulu lagi DAP berkata mereka memperjuangkan 'parti untuk semua'. DAP turut berkata mereka memperjuangkan keharmonian dan hak untuk semua kaum. Tetapi apa yang dilakukan, tidak sama dengan apa yang diperjuangkan. Beberapa kali pemimpin DAP mencetuskan api kebencian perkauman dan rasis. Antaranya, - Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa agenda penyatuan Ummah di antara Umno-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019). - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika Umno-PAS berjaya berkerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. (8 Mac 2019) - ADUN Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstremis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama Umno-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. ...

PEMBANGKANG DALAM DILEMA. NAK KATA PN DIKAWAL MCA ATAU MCA KAWAL PN?

  Wong Kah Woh (DAP) kata isu SOP Tahun Baru Cina membuktikan MCA tiada kuasa Macam biasa, pemimpin DAP memang suka main isu kaum dan dilihat menghasut orang Cina supaya membenci kaum Melayu dan lain-lain. Sejak 2008, mereka hasut rakyat Cina dengan mengatakan MCA hanya barua UMNO. Berpuluh tahun orang Cina dihasut dengan politik kebencian dan ia mula diterjemahkan pada PRU12, PRU13 dan PRU14. (Sekarang DAP kata mereka bersedia untuk kerjasama dengan UMNO pulak). Berhubung kenyataan Wong Kah Woh DAP ini, ia hanya berlegar dalam masyarakat Cina sahaja, dengan menggunakan bahasa Mandarin. Ternyata sasaran kenyataan ini hanyalah untuk orang Cina dan seterusnya membakar api kebencian. Sedangkan pemimpin-pemimpin utama MCA seperti Presiden dan Setiausaha Agung MCA antara yang terawal memohon kerajaan tambahbaik SOP tersebut. Bukan MCA saja malah bekas PM DS Najib Razak yang Melayu pun minta kerajaan buat perkara sama. https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157679251625952 Cara MCA ...