Cybertrooper Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menyerang tanpa usul periksa malah tidak membaca berita penuh dalam cubaan mempertahankan 'majikan' mereka secara membabi buta.
Apa gunanya mereka menyerang Menteri Pengangkutan Datuk Sri Wee Ka Siong atas pengumumannya berkaitan kejayaan Program Pas Tanpa Had My30 dan MyRail5 yang berjaya menarik sejuta pengguna?
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menafikan bahawa My50 dan My100 dimulakan oleh Menteri Pengangkutan era PH, Anthony Loke, pada penghujung 2018 untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor. Ini turut disebut oleh Ka Siong.
Jadi tidak timbul soal PN cuba mengambil kredit daripada kejayaan ini sebagaimana didakwa oleh pahlawan-pahlawan keyboard PH tersebut. Namun penyokong-penyokong PH juga tidak boleh mengatakan pencapaian ini milik mereka semata-mata.
Ini adalah kerana kerajaan PN telah menambahbaik program-program ini kepada My30 dan MyRail5. Setakat 24 Julai 2020 saja, Kerajaan telah membelanjakan subsidi RM30.5 juta bagi 179,349 pas perjalanan tanpa had, MY30, yang dijual.
Malah PN juga melancarkan kempen 'My30 Plus 30' pada hujung tahun lepas, di mana 8,333 pengguna My30 diberikan baucer yang boleh ditebus ketika pembaharuan pas, sehingga hujung bulan ini.
Macai PH perlu ingat bahawa My30 tak sama dengan My50 dan My100. Pertamanya ia lebih menjimatkan dan kedua, ia diperluaskan ke negeri Pahang dan Pulau Pinang!
Sama macam e-wallet. Zaman PH DAP Guan Eng kasi 30 ringek. Zaman PN kasi RM50.
My30 zaman PH pengguna kena bayar RM100. Tapi zaman PN RM30 je.
Zaman PH rakyat kena keluar lebih, dapat sikit. Zaman PN keluar sikit dan rakyat dapat lebih.
Kan beza tu…
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment