Skip to main content

Cabaran kepada Dinasti Lim


Kulasegaran dan Thomas Su Keong Siong telah mengumumkan pencalonan mereka secara terbuka untuk mencabar pasukan Nga Kor Ming dalam pemilihan pimpinan DAP Perak Ahad ini, setelah lebih 10 tahun tidak menyertainya.

Kula memberi alasan barisan kepimpinan sedia ada di bawah Kor Ming tidak inklusif sehingga berlaku beberapa insiden lompat parti mengakibatkan kerajaan negeri yang didukung DAP tumbang sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan 2020.

Inilah peluang terbaik untuk Kula dan pasukannya kembali bertapak memandangkan imej Kor Ming yang tercalar. Malah Kula sendiri mendapat kekuatan baharu setelah dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 2018, mengatasi Kor Ming yang walaupun begitu mengidamkan jawatan menteri, terpaksa akur dengan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Kor Ming malah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng perlu berhati-hati kerana Kula serta lain-lain pemimpin DAP yang sewaktu dengannya di seluruh negara mewakili suara akar umbi yang secara senyap mahu menghidupkan kembali gerakan 'Nyah Kit Siang' atau 'Knock Out Kit Siang' (KOKS).

Mereka ini kurang senang melihat bagaimana 'Dinasti Lim' mengemudi DAP terutamanya selepas mereka merampas Putrajaya bersama Pakatan Harapan (PH) dalam PRU pada 2018.

Mereka melihat DAP sebagai gagal memainkan peranan sebagai parti bukan Melayu yang mempunyai kerusi terbanyak dalam sejarah. Pelbagai manifesto terutamanya berkaitan ICERT dan UEC telah gagal ditunaikan.

Lim Guan Eng sendiri memperalatkan adik-beradiknya yang menerajui Pejabat Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas untuk menggugurkan kes rasuah terowong dasar laut terhadap dirinya. Tindakan ini dilihat sebagai pengecut oleh masyarakat umum kerana tidak berani melawan secara tidak langsung bererti sudah mengaku salah.

DAP dianggap hanya mampu melihat Dr Mahathir terus bersifat perkauman. Lim Kit Siang langsung membisu untuk mengkritik kelemahan kerajaan PH. Lim Guan Eng pula hanya tahu menggunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan untuk menjual aset negara serta melemahkan MCA.

Malah DAP sebagai komponen yang terkuat dalam PH tidak mampu berbuat apa-apa sebagai tindak balas kepada Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH (2018-2010). 

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#ByeByeDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...