Skip to main content

Mana JKOM? Mana pergi peruntukan RM40.5 juta?


Sejak politik negara kucar-kacir selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pimpinan negara, desas-desus untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sering diperkatakan. Tapi, ia senyap apabila negara bergelut 'berperang' dengan pandemik COVID-19.


Kini, PRU15 kembali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin negara. Tambahan lagi vaksin COVID-19 telah tiba di Malaysia dan golongan kategori pertama khususnya barisan hadapan sudah mula mendapatkan suntikan tersebut.


Utusan ada membuat online poll dengan soalan 'siapakah calon PM pilihan anda?'. Apa yang lebih mengejutkan, Datuk Seri Najib Razak telah mendahului online poll tersebut. Bagaimana seseorang yang difitnah oleh PH sebagai seorang 'penjenayah' suatu ketika dahulu boleh mendahului carta? Adakah ini bukti bahawa rakyat sudah mula kembali mempercayai Najib Razak? Bagaimana pula dengan Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN)?


Najib Razak kini dilihat lantang bersuara hanya untuk membersihkan namanya daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh PH. Tapi kini namanya kembali menjadi sebutan untuk menerajui negara sekali lagi.


Bagaimana pula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ? Datuk Seri Azmin Ali? Adakah rakyat telah menolak mereka setelah pelbagai 'bantuan' yang telah diberikan? Atau netizen tak memilih kerana mereka ini merupakan bekas pemimpin kerajaan PH?


https://utusantv.com/.../28/siapakah-calon-pm-pilihan-anda/


Persoalannya, di mana Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)? Apa peranan JKOM apabila melihat keputusan online poll ini? Takkan nak diam diri saja? Mainkanlah peranan untuk pulihkan kembali persepsi negatif terhadap PN.


Belanjawan 2021 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40.5 juta untuk JKOM, jadi tolong buktikan ia bukan satu peruntukan yang sia-sia.


#SuaraOrangRamai


Sumber


Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...