Nampaknya Tun Dr Mahathir semakin hilang kredibilitinya dan pengaruhnya. Gesaan pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau supaya Parti Amanah Negara (Amanah) melupakan Tun Dr Mahathir dan kekal bersatu dengan gabungan PH membuktikan semakin ramai ahli DAP telah muak akan sikap PM ke-8 yang sering mengkhianati rakan sekutunya.
Ini susulan tindakan tiga ADUN Amanah di Johor keluar dari parti berkenaan untuk menyertai PKR yang dikatakan berpunca daripada sikap beberapa pemimpin Amanah yang masih memilih untuk berbaik-baik dengan Tun Dr Mahathir.
Gesaan Dr Boo ini jelas membuktikan DAP sudah tidak tahan dengan Mahathir, dan mereka mula tunjuk rasa benci terhadapnya walaupun sebelum ini mereka sanggup menggadai maruah mereka dan menerima “diktator” ini sebagai Perdana Menteri mereka.
Malangnya bagi DAP, sokongan mereka pula dibalas dengan pengkhianatan apabila Mahathir menyebabkan tumbangnya kerajaan PH hanya 22 bulan selepas menjadi kerajaan.
Sebenarnya ini bukan sesuatu yang menghairankan. Kebanyakan kontroversi besar di dalam kerajaan Malaysia membabitkan permainan “tikam belakang” oleh Mahathir sendiri, antaranya insiden 1998 di mana Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya.
Oleh itu, mengapa DAP begitu terkejut apabila Mahathir mengkhianati mereka pula?
Atau mungkinkah DAP tahu, tetapi mereka terlalu ghairah untuk menjadi kerajaan sehingga sanggup menutup mata kepada hakikat ini?
Apa jua sekalipun, nampaknya Mahathir semakin kehilangan penyokongnya. Lebih baik beliau betul-betul bersara daripada politik. Ini bukan era kegemilangan Mahathir seperti tahun 80an dulu.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Comments
Post a Comment