Sekali lagi DAP dibuktikan sebagai sebuah parti perkauman sempit yang tidak suka berkongsi kuasa.
Pakar strategis parti Liew Chin Tong dalam temubualnya dengan Eddin Khoo menekankan bahawa DAP tidak sepatutnya ‘mewakilkan’ sebuah parti Melayu (baca Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM) untuk memenangi undi Melayu bagi pihaknya.
Apabila perkataan ‘tidak sepatutnya’ digunakan, bermakna DAP memang tidak suka melihat PPBM yang DAP sentiasa berasa sangsi, bertapak di kawasan-kawasan majoriti Melayu sebagaimana UMNO, namun terpaksa akur apabila keadaan memaksa.
Kenapa DAP terpaksa menumpang populariti bekas Perdana Menteri selama 22 tahun Tun Dr Mahathir serta menyorok di bawah panji-panji PKR untuk meraih undi Melayu ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14, kalau bukan kerana sifat dan kelakuan parti itu sendiri selama ini yang memang memperjuangkan isu-isu Cina yang sempit tanpa mengambil kira kemajmukan komposisi rakyat Malaysia?
Chin Tong sendiri mengakui dalam tulisannya di The New Straits Times bertarikh 17 Mac 2019,
“Menyedihkan apabila parti-parti komponen tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) juga mahu DAP memfokuskan kepada bukan Melayu sahaja. Lebih parah, ramai di kalangan orang DAP sendiri yang masih berfikir dari dalam kerangka perkauman serta berharap parti itu menjadi juara bukan Melayu.”
Jika DAP memang sebuah parti pelbagai kaum seperti didakwa pemimpin-pemimpinnya, mereka tidak perlu bersusah payah hendak meyakinkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong untuk berbaik dengan Tun Dr Mahathir, musuh ketat parti itu selama lebih 30 tahun.
Luahan Chin Tong tersebut juga membuka mata semua pihak bahawa DAP tidak gemar berkongsi kuasa.
Apa salahnya PPBM di bawah Tun Mahathir mendapatkan undi Melayu untuk PH, sebuah gabungan yang turut dianggotai DAP?
Nyata DAP tidak melihat PPBM yang kuat sebagai nilai tambah kepada PH tetapi ancaman kepada kedudukan DAP sendiri, kerana ia beranggapan parti bekas Perdana Menteri itu tidak mudah diperkudakan seperti parti Mohamad Sabu, dan karakter Tun Dr Mahathir juga tidak selembut Dato’ Sri Anwar Ibrahim, yang senang untuk ‘kautim’.
Pandangan Chin Tong ini walaupun benar dan jujur, telah membuka pekung di dada bagi Parti Tindakan Demoktarik yang diwakilinya itu.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#BenciRasis
#SayangiMalaysia
Comments
Post a Comment