Belum sampai PRU 15 tetapi PH sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka yang gila kuasa. Tapi memang mereka puak yang gila kuasa pun....
Sebelum ini Nga Kor Ming dari DAP Perak juga pernah kata sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri Perak.
Sekarang nampaknya giliran Anwar Ibrahim pula kata sedia bekerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang.
Adakah Anwar begitu terdesak mencapai impiannya untuk menjadi PM (entah kali ke berapa) sehingga sanggup "berkongsi bantal" dengan musuh lamanya?
Kan selama ini UMNO pernah kata "NO DAP, NO ANWAR". Ini bukti jelas bahawa UMNO sudah menolak apa jua kerjasama dengan Anwar dan DAP. Namun, sekarang kita lihat pula seolah-olah Anwar yang datang merayu kepada UMNO untuk bekerjasama dengan PKR. Anwar tengah merangkak ke PWTC ke tu....?
Anwar ni sangat harapkan sokongan majoriti ke sehingga sanggup jual maruah kepada UMNO? Bukankah prinsip asas penubuhan PKR adalah "Justice for Anwar" daripada UMNO, tetapi sekarang pula maskot mereka memberi gambaran seolah-olah dia sanggup kembali kepada UMNO.
Jika sebelum ini PKR dan PH lantang menolak UMNO dengan laungan "Asal Bukan UMNO" (ABU) , hari ini sudah menjadi "All Bersama UMNO". Sejak bila UMNO menjadi parti pilihan semua orang? Apa sudah jadi dengan label "kleptokrat", "rasuah" yang sering dilempar terhadap UMNO? Tiba-tiba UMNO jadi macam durian Musang King di mana semua orang mahu berkawan baik dengannya sebaik sahaja UMNO putus hubungan dengan Bersatu.
Adakah keputusan Anwar ini disebabkan kerana dia takut dan terdesak selepas kehilangan 2 ahli Parlimen kepada Bersatu baru-baru ini, dan beliau sedar bahawa ramai lagi ahli-ahli dan pemimpin PKR akan tukar sokongan kepada Muhyiddin, sehingga PKR akhirnya hilang pengaruhnya dan tidak lagi relevan di dalam dunia politik Malaysia?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment