Skip to main content

DAP pecahbelah BUKAN muhibah


Secara asasnya MUHIBAH bermaksud perasaan persahabatan dan kemesraan. Jadi, tidak salah DAP menggunakan tema 'Demokratik, Adil, Peduli: Muhibah' untuk sambutan ulang tahun yang ke-55 pada 18 Mac 2021 lalu. 

Tapi sayang...tindakan dan perbuatan yang dibuat DAP tidak langsung menggambarkan bahawa parti mereka mengamalkan konsep muhibah. Malah, DAP juga didakwa sebagai parti yang memperkenalkan politik perkauman sejak ia ditubuhkan dengan tujuan memecahbelahkan kepercayaan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Bukti?

1. Lim Guan Eng mendakwa kerjasama UMNO-PAS umpama pengisytiharan perang terhadap golongan bukan Melayu. Orang Melayu tidak mahu bermusuh dengan orang bukan Melayu, jauh sekali untuk 'berperang'. Guan Eng perlu tahu yang ditentang bukannya orang bukan Melayu, tetapi DAP!!!


2. Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Nga Kor Ming telah mendakwa kerjasama UMNO - PAS akan memecah-belahkan rakyat. Bukan itu sahaja, Kor Ming turut berkata ia akan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.


3. Telah tersebar klip video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi bercakap dalam bahasa Cina menjelaskan tulisan jawi tidak terhad kepada penulisan agama Islam tetapi ia turut digunakan dalam pelbagai bahan bacaan termasuk buku lucah.


4. Tersebarnya komik propaganda "One Belt One Road" atau 'Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)' hasil ciptaan Superman DAP, Hew Kuan Yau yang mengagung-agungkan komunis sehingga menghina orang Islam dan memperlekehkan nilai patriotik negara. Paling mengejutkan, komik ini telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk dijadikan bahan bacaan para pelajar!


DAP tidak kisah jika tidak dapat 'memerintah', asalkan mereka dapat 'menguasai'. Sebab itu mereka bersedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamed hanya untuk memecahbelahkan kaum.

Persoalannya? Adakah pemilihan tema ulang tahun DAP ke-55  itu benar-benar tepat dan selari dengan pelaksanaan parti? Atau ia hanya sekadar di atas kertas sahaja? Atau MUHIBAH itu dipilih untuk mengaburi mata rakyat bahawa DAP parti mesra rakyat sedangkan tidak?

Apa kata kalau tema 'Muhibah' tu ditukarkan kepada 'Pecahbelah', supaya ia nampak lebih jujur dan tidak hipokrit?

#SuaraOrangRamai
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...