Sejak akhir-akhir ini dunia politik negara kembali kecoh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali memberi 'hint' kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bukan sesuatu yang mustahil.
Malangnya, kenyataan Anwar yang juga disokong Lim Guan Eng ini bukanlah dipersetujui oleh semua ahli PH. Penyokong tegar PH pastinya marah dan kecewa dengan tindakan Anwar ini. Rakyat bertambah kecewa apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan parti rakan gabungan atau parti yang lain termasuk UMNO.
Tetapi seperti dijangka, DAP terus dengan sifat munafiknya dengan menghantar Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan bersama menolak kerjasama dengan pihak yang dirujuk mereka sebagai "kleptokrat".
Kenyataan bersama itu dibuat selepas Anwar mengumumkan bahawa beliau tidak menafikan kemungkinan wujud kerjasama dengan UMNO.
Selain Chin Tong, pemimpin kanan parti pembangkang yang menolak kerjasama itu ialah Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Ketua Wira Parti Warisan Sabah Mohd Azis Jamman,Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian.
Hanya lima sahaja pemimpin kanan parti pembangkang yang menolak kerjasama itu, secara tidak langsung menunjukkan majoriti besar ahli lain tidak sabar untuk kembali berkuasa dan bersedia bekerjasama dengan UMNO.
Pasti DAP akan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran untuk bekerjasama dengan UMNO, parti yang telah lama menjadi musuh mereka. Tak akan DAP sangguh nak jilat ludah sendiri? Sebelum ni DAP caci maki UMNO, tapi hanya kerana inginkan jawatan, sanggup 'pejam mata' dan terima apa sahaja?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment