Skip to main content

Politik Muhyiddin


Susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa, tumpuan kini kembali diberikan kepada isu sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menguasai sokongan majoriti di Parlimen.


Belum pun tarikh persidangan dimuktamadkan, Pembangkang menerima tamparan hebat apabila 2 Ahli Parlimen (MP) PKR dari Julau dan Tebrau, mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 28 Februari.


Kedua-duanya memberikan alasan keyakinan terhadap Muhyiddin dalam membawakan kestabilan dan pembangunan.


Nyata Muhyiddin tidak menunggu durian runtuh, sebaliknya sudah mengatur gerakan politiknya sekian lama. Tempoh setahun menerajui kerajaan telah digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan prestasi yang memuaskan.


‘Abah’ tidak melakukannya bersendirian. Dengan disokong barisan pemimpin dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman, kerajaan PN menerima pujian terutamanya di atas usaha mengawal penularan pandemik Covid-19 serta pelbagai skim bantuan dan insentif yang diperkenalkan bagi membantu rakyat serta menstabilkan ekononomi negara.


Ini telah meyakinkan orang ramai-termasuk ahli-ahli politik kerajaan dan Pembangkang bahawa ‘Abah’ memang boleh diharapkan untuk menduduki kerusi no. 1 kerajaan. Bekas komponen BN, Parti Gerakan, yang sebelum ini bercita-cita besar menjadi ‘kuasa ketiga’, telah tertarik menyertai PN pada 10 Februari.


Dengan prestasi PN yang semakin baik di sebalik penurunan kes-kes positif jangkitan pandemik sekarang, ia tidak menghairankan apabila khabar angin terus bertiup kencang bahawa beberapa MP Pembangkang lagi akan memihak kepada kerajaan.


Apakah yang akan berlaku semasa persidangan Parlimen nanti? Sama-sama kita nantikan.


#SuaraOrangRamai

#TolakPH

#TolakDAP


Sumber


Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...