Wong Kah Woh (DAP) kata isu SOP Tahun Baru Cina membuktikan MCA tiada kuasa
Macam biasa, pemimpin DAP memang suka main isu kaum dan dilihat menghasut orang Cina supaya membenci kaum Melayu dan lain-lain.
Sejak 2008, mereka hasut rakyat Cina dengan mengatakan MCA hanya barua UMNO. Berpuluh tahun orang Cina dihasut dengan politik kebencian dan ia mula diterjemahkan pada PRU12, PRU13 dan PRU14. (Sekarang DAP kata mereka bersedia untuk kerjasama dengan UMNO pulak).
Berhubung kenyataan Wong Kah Woh DAP ini, ia hanya berlegar dalam masyarakat Cina sahaja, dengan menggunakan bahasa Mandarin. Ternyata sasaran kenyataan ini hanyalah untuk orang Cina dan seterusnya membakar api kebencian.
Sedangkan pemimpin-pemimpin utama MCA seperti Presiden dan Setiausaha Agung MCA antara yang terawal memohon kerajaan tambahbaik SOP tersebut. Bukan MCA saja malah bekas PM DS Najib Razak yang Melayu pun minta kerajaan buat perkara sama.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157679251625952
Cara MCA dan BN tidak sama PH yang lebih suka cara ekstrim seperti protes di jalanan, terbalikkan kereta polis, pijak poster pemimpin dan sebagainya. BN suka meja rundingan, apa yang tak betul di bawa berbincang dan dikemukakan cadangan berasas.
Akhirnya kerajaan tambahbaik SOP tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai sesuatu yang adil dan munasabah. Memang peliklah, kalau tak boleh Makan Besar walaupun berada dalam radius 10KM. Pasar Malam boleh beroperasi pula.
Macam satu kisah benar ini... Si ibu uzur tinggal bersama bapa yang sudah tua. Si anak yang sudah berkahwin tinggal berdekatan, tidak lebih 10KM. Setiap hari si anak makan malam bersama si ibu dan bapanya. Tiba-tiba pada malam Tahun Baru Cina, mereka tak boleh makan bersama sebab SOP melarangnya. Kan tak logik tu!
Berbalik kepada si Wong Kah Woh ini, dia ni cuba menjadi hero dalam masyarakat Cina. Tetapi hakikatnya, DAP bukan saja gagal membela nasib orang Cina malah gagal memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Hutang negara dari 600b zaman BN jadi 700b lebih zaman PH. Lebih RM20b aset negara digadai hanya 400 hari PH memerintah. Kejayaan DAP sepanjang mereka berkuasa hanyalah satu iaitu - kes banglo babitkan Guan Eng digugurkan!
Kini, isu SOP Tahun Baru Cina menjadi dilema buat puak pembangkang khususnya DAP. Sama ada mahu kata PN dikawal MCA atau MCA kawal PN.
Ini sama seperti isu tulisan Jawi dulu. Depan orang Cina mereka kata MCA yang perkenalkan silibus tersebut (dengan harapan orang Cina benci MCA). Depan orang Melayu dikata, inilah bagusnya DAP (dengan harapan orang Melayu sokong DAP).
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Comments
Post a Comment