Sejak penubuhannya, pemimpin-pemimpin DAP sering menuduh UMNO sebagai ekstremis, namun sekarang, mereka sanggup kerjasama dengan musuh lamanya kononnya demi "kepentingan rakyat".
Biar betul ni. DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat ke, atau kepentingan politik peribadi mereka?
Nampak sangat DAP mahu ganti MCA, tapi masalahnya, adakah DAP boleh bersifat inklusif dan moderat seperti MCA?
Sikap MCA yang sederhana dan tidak ekstremis yang membantu mengukuhkan kejayaan Perikatan, dan kemudiannya Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan selama 60 tahun. Sejak mula lagi, MCA terlibat dalam usaha menuntut kemerdekaan negara, dan kemudiannya bersama-sama UMNO dan MIC dalam pentadbiran negara. Malah, ketika zaman komunis dulu, wakil-wakil MCA lah yang ke depan dalam rundingan pendamaian dengan Parti Komunis Malaya. Jelas dilihat MCA mempunyai pengalaman dan terus komited dalam perjuangannya untuk masyarakat serta negara Malaysia.
Adakah DAP mampu melakukan perkara sama? Tidak. Ini kerana DAP dilihat lebih pakar dalam menghasut dan memfitnah. Mereka sering dilihat menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat, kononnya masyarakat Cina dibuli sebuah kerajaan Melayu, dan melabelkan semua penjawat awam dan pihak polis dan tentera sebagai "barua kerajaan". Ambil contoh insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield di mana pihak polis dan bomba seolah-olah dipersalahkan dan didakwa sengaja lambat bertindak.
Namun, DAP tahu bahawa kalau mereka ingin jadi kerajaan, mereka perlu bekerjasama dengan parti Melayu terbesar untuk menyembunyikan sikap cauvinis mereka. Itulah sebab mereka mula bekerjasama dengan PAS, tetapi PAS juga tidak boleh tahan dengan sikap DAP yang dilihat tidak mahu kompromi dalam banyak isu. Banyak isu sensitif tidak diselesaikan secara baik dan tertutup sehingga mengundang keadaan tidak harmoni.
Tambahan lagi, masa DAP jadi kerajaan, masyarakat Cina juga ditindas mereka apabila peruntukan bagi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dipolitikkan. Ada ke patut mereka kata MCA perlu putuskan hubungan dengan TAR UC dulu baru diberikan peruntukan? Sedangkan MCA hanya menubuhkan TARC, segala operasi dijalankan oleh pihak bebas yang tiada kaitan dengan MCA. Hanya kerana TARC ditubuhkan MCA maka DAP terus sekat peruntukan yang telahpun disediakan oleh kerajaan sejak tahun 70an lagi!
Anehnya, sebelum PRU14 Lim Guan Eng pernah lantang menjanjikan untuk meningkatkan peruntukan kepada TAR UC , namun sebaliknya yang berlaku. MCA pula walaupun bukan dalam kerajaan masih berusaha membantu dengan melancarkan kempen menderma bagi memastikan TAR UC boleh mengekalkan yurannya pada kadar berpatutan, dan sebaik sahaja MCA kembali sebagai kerajaan bawah PN, mereka telah berjaya mengembalikan peruntukan RM58 juta kepada TAR UC. Dan pelajar di TAR UC ini juga terdiri daripada pelbagai kaum dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Nampak tak perbezaan antara MCA dengan DAP?
Satu parti berasaskan kaum Cina tetapi bersikap moderat telah berjaya memanfaatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, manakala satu lagi adalah sebuah parti yang mendakwa mereka kononnya "mewakili semua bangsa" tetapi hanya tahu menghasut masyarakat bukan Melayu. Selepas menjadi kerajaan, kaum bukan Melayu turut menjadi mangsa penindasan mereka. Jadi, fikirlah baik-baik. Mampukah DAP ganti MCA?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment