Skip to main content

Perbezaan DAP dengan MCA

Pihak tak bertanggungjawab anjur majlis yang dihadiri ramai tanpa pematuhan SOP wajar dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi!

Mana-mana pihak termasuk parti politik wajar dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti bersalah menganjurkan majlis yang dihadiri ramai tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini termasuklah penganjuran Konvensyen DAP Perak yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan sebagaimana dilaporkan oleh media, sekaligus mengundang rasa tidak senang orang ramai.


Ini kerana, penganjuran konvensyen tersebut dilihat tidak mematuhi SOP serta tidak mengamalkan norma baharu seperti rakyat lain.

Para pemimpin DAP bukan sahaja berkumpul secara ramai dalam dewan tertutup malah juga dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Dikhuatiri berlakunya penularan wabak seperti yang pernah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum ini seterusnya membawa gelombang baharu yang menyusahkan rakyat. Adakah DAP sedia bertanggungjawab jika berlakunya Kluster DAP?

Setinggi penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana segera menyiasat pelanggaran SOP ini. Diharapkan ia disiasat dengan telus dan adil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal supaya ia tidak lagi berlaku pada masa depan. Serta dijadikan peringatan kepada yang lain. Jangan suka-suka langgar SOP! 


Rakyat tentunya mahu melihat penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara adil tanpa mengira siapa dan tiada istilah 'antara dua darjat' dalam usaha kerajaan melawan COVID-19.

Tiada siapa boleh kebal dari undang-undang!

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...