Skip to main content

Tak payah bayar roadtax / lesen memandu sebab Menteri MCA bagi pengecualian


Mungkin terdapat beberapa kes di mana orang ramai telah disaman kerana memiliki Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor (roadtax) yang telah tamat tempoh?

Sedangkan Kementerian Pengangkutan telah memberi pengecualian kepada para pemandu kenderaan persendirian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu dan Roadtax sepanjang tempoh PKP. 

Dengan syarat mereka memiliki perlindungan insurans yang sah, dan mereka harus menunjukkan sijil perlindungan ini (e-cover note insurans) sekiranya diminta apabila ditahan pihak penguatkuasa.

Malahan, pengecualian ini telah diberi seawal Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan ia telah dilanjutkan beberapa kali, dengan yang terbaru adalah dari 1 April hingga 31 Mei 2021. 

Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak perlu memperbaharui Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor mereka. Ini bukan alasan untuk mereka melanggar undang-undang, tetapi sebaliknya, mereka diberi tempoh sehingga 60 hari untuk membuat demikian selepas lesen mereka tamat tempoh.

Ini harus ditekankan bahawa pelanjutan ini bertujuan mengelak kesesakan di tempat-tempat awam seperti kaunter JPJ, selari dengan usaha dan SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 ini, dan bukannya alasan untuk menjadi alpa.

Oleh itu, sekiranya anda ditahan dengan Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor yang telah tamat tempohnya, jangan bimbang kerana anda sudah dilindungi oleh dasar kerajaan tersebut. 

Keterangan lanjut mengenai pengecualian ini :

#SuaraOrangRamai

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...