MASA TAK BERKUASA.........
Abdul Hadi Awang meminta pihak yang membantah cadangan menurunkan had umur mengundi tidak menggunakan alasan anak muda masih mentah pada usia 18 tahun kerana ia bukan salah generasi muda tidak tahu kepentingan mengundi.
"Bimbang anak muda mentah lagi, mentah sebab silap kita, bukan silap dia. Kita perlu mendidik mereka supaya sedar dan memahami masalah politik," katanya ketika menyampaikan kuliah perdana di Taman Melewar hari ini.
MASA BERKUASA..........
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyokong langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran mengundi secara automatik.
Menurut Abdul Hadi, penetapan mengundi pada umur 18 tahun adalah berpandukan kepada konsep demokrasi ciptaan Barat.
"Undi bergantung kematangan. Jangan undi 18 tahun sahaja, mestilah ada kematangan.
"Kita tak boleh terpengaruh dengan Barat.
"Dalam Islam kita sebut 'sinnu rusydi- tahun kematangan. Kematangan boleh berlaku 16 tahun, 18 tahun. Boleh berlaku 25 tahun, orang umur 40 tahun tak matang pun ada.
"Tapi malangnya kita berpandu kepada konsep demokrasi Barat, pada umur bukan kematangan.
"Dengan sebab itu perlu dibuat pertimbangan pada kematangan bukan kepada umur sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila di Marang, Terengganu, hari ini.
#SuaraOrangRamai
#Undi18
#uturn
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment