Walaupun Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15, namun beliau juga berkata bahawa DAP masih sedia bekerjasama dengan UMNO dalam "isu rakyat".
Akan tetapi, bukankah kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin UMNO juga dianggap sebagai "isu rakyat"? Bukankah kes-kes penyalahgunaan kuasa oleh orang-orang UMNO ini telah menjejaskan kepentingan rakyat?
Lebih baik DAP menjauhi diri daripada UMNO. Tak kira ia "isu rakyat" ke "isu politik" ke, jangan-jangan kita lupa akan "kluster mahkamah" ini, seperti kes babitkan Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Isa Samad dan Abdul Azeez, di mana mereka ini telah didakwa di mahkamah ataupun tengah disiasat.
Adakah DAP sudah lupa akan kes 1MDB, ataupun barang-barang mewah yang dirampas dari rumah Rosmah yang bernilai berjuta-juta ringgit? Adakah DAP sudah lupa akan isu "pink diamond" Rosmah dan "derma" yang dimasukkan terus ke dalam akaun Najib?
Bagaimana pula dengan kes Zahid Hamidi yang dikatakan menggunakan wang dari Yayasan Akalbudi untuk membayar perbelanjaan peribadinya? Atau kes rasuah Isa Samad berhubung dengan FELDA.
Rakyat tidak mudah lupa akan kes-kes ini yang telah menjejaskan nama negara. DAP juga disaran untuk tidak menganiayai prinsipnya ataupun mengambil mudah sokongan penyokongnya. Janganlah demi menjadi kerajaan semula DAP sanggup menandantangani perjanjian untuk menggadai prinsipnya?
#SuaraOrangRamai
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment