Menjadi Ketua Pembangkang tidak semestinya kita perlu sentiasa membangkang, apatah lagi apa yang dibangkang itu sesuatu yang mengarut seperti kenyataan Dato' Sri Anwar Ibrahim ini.
"Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan."
Sudah SOP begitu, bukannya rumit untuk membebankan rakyat.
Semakan yang dibuat sudah tentulah bagi kebaikan semua. Nanti kalau ada orang potong Q macam mana? Kalau ada unsur salahguna kuasa, macam mana? Sebab itulah pegawai KKM buat dengan begitu teliti dalam kerja mereka.
Lagi satu, ada 3 cara untuk daftar dapatkan vaksin iaitu :
Aplikasi MySejahtera
website vaksincovid.gov.my
Hubungi 1800-888-828
Malah ramai juga parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC serta NGO-NGO yang turun padang termasuk ke kawasan pedalaman untuk membantu masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin.
Admin rasa Anwar terlepas pandang maklumat seperti ini. Mungkin kerana dia sibuk memikirkan bagaimana mahu jadi PM.
Tak perlu Anwar berlagak hero tanpa sandaran asas. Biarlah Kementerian Kesihatan buat kerja. Mereka lebih tahu apa yang nak dibuat. Alangkah eloknya Anwar turun ke padang dan rayu rakyat supaya daftarkan diri masing-masing sebagai penerima vaksin. Bantu mereka dan bersama-sama main peranan.
#SuaraOrangRamai
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment