Jelas sekali Anwar sudah hilang kemampuannya untuk memimpin ataupun mengekalkan keyakinan orang ramai sejak tahun lepas.
Sekiranya dia betul-betul masih berpengaruh dan masih dihormati, Anwar sudah boleh mengambil balik kerajaan daripada Muhyiddin pada tahun lepas apabila dia mendakwa dirinya mempunyai majoriti.
Namun, seperti cerita budak pengembala kambing dengan serigala, Anwar sudah kehilangan respect orang ramai. Sudah beberapa kali dia mendakwa ada majoriti? Siapa mahu percaya Anwar sekarang?
Anwar dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan
https://www.bharian.com.my/.../anwar-dakwa-miliki...
Anwar enggan tunjuk sokongan lepas tak dapat kerjasama MP Umno
https://www.malaysiakini.com/news/552679
Sudah sampai masanya DAP mencari pemimpin yang baru untuk menggantikan Anwar. Kita tidak mahu lagi bergantung kepada orang tua yang syok sendiri seperti Mahathir dan Anwar. Berilah laluan kepada seorang yang lebih muda.
Cadangan Shafie Apdal sebagai calon PM yang baru untuk PH adalah langkah yang betul. Namun, umum menyedari bahawa Anwar memang tidak suka parti Warisan dan asyik melayan mereka sebagai barua Mahathir. Harap-harap Anwar boleh bersikap gentleman dan memberi laluan kepada muka baru untuk memimpin pembangkang.
Zaman Anwar dan Mahathir sudah berakhir. Sekarang sudah tahun 2021. Bukan era 80an dimana Mahathir PM dan Anwar TPM. Malaysia ni bukan milik Mahathir dan Anwar!
#SuaraOrangRamai
Comments
Post a Comment