Skip to main content

KALAU TAK FITNAH… BUKANLAH DAP NAMANYA…


Kalau DAP terdesak sangat nak dapatkan sokongan anak-anak muda sekalipun, tak perlu 'spin' kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong seolah-olah Pemuda MCA takut dan tolak #UNDI18. 

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah berkongsi link dan artikel Malaysiakini yang bertajuk "Influx of young voters a big challenge, warns MCA Youth chief" di facebooknya. Bukan itu sahaja, Chin Tong turut sertakan caption "A party that is scared of young voters has no place in the society. Dissolve parliament only after #Undi18 is implemented!".


Apa yang Chin Tong cuba lakukan? Adakah beliau cuba nak hasut rakyat dengan memberi gambaran Pemuda MCA menolak #UNDI18?

Mungkin Chin Tong tak baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Nicole bahawa Pemuda MCA tidak pernah takut dan tidak akan menolak pelaksanaan #UNDI18.

Malah, Pemuda MCA turut menggesa kerajaan supaya tetap berpegang kepada perkara yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun (UNDI18).


Pemuda MCA sentiasa meraikan penyertaan orang muda dalam apa bidang sekalipun. Jadi tiada sebab untuk Pemuda MCA menolak keputusan #UNDI18 ini.

Sudah-sudahlah tu DAP. Carilah cara lain untuk tambat hati anak muda. Laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Bukan guna taktik kotor macam ni. 

Sebagaimana kenyataan Pemuda MCA, 

"Pemuda MCA bertegas dalam memperjuangkan kepentingan golongan belia di negara ini, yang juga mempunyai hak dalam sebuah negara demokrasi. Majoriti 2/3 Ahli Parlimen yang menyokong RUU (Pindaan) 2019 berkaitan had umur pengundi serta calon pilihan raya umum ini membuktikan bahawa kedua-dua belah pihak kerajaan mahupun pembangkang mengiktiraf suara anak muda. Kini ia perlu dibuktikan menerusi pelaksanaannya. Jika terdapat kekangan, ia perlu diselesaikan dan Pemuda MCA sedia bersama-sama membantu."


#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...