
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata mereka akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat.
Biar betul Guan Eng ni? Takkan DAP nak bekerjasama dengan 'Nazi'. Lim Kit Siang - bapa Guan Eng pernah labelkan UMNO seperti Nazi.
DAP tak perlu nak bersikap 'super hipokrit' seolah-oleh parti mereka sahaja yang bersih. Sikap hipokrit yang terlalu menebal dalam diri ahli-ahli parti mereka ini membuatkan rakyat semakin muak - hanya nak jawatan untuk diri sendiri bukan betul-betul nak bantu rakyat.
DAP sibuk sangat kononnya tak nak bekerjasama dengan pihak yang "kleptokrat". Mereka yakin ke parti yang mereka bekerjsama sekarang ini tidak "kleptokrat"? Atau DAP yakin 100 peratus yang tiada seorang ahli mereka pun yang "kleptokrat"?
Mungkin ada diantara ahli-ahli DAP yang "kleptokrat", tapi hanya kerana mereka tidak didakwa, tidak bermakna mereka 'suci' daripada amalan itu.
Jangan lupa kes banglo yang digugurkan. Jangan lupa kes terowong bernilai lebih RM6bilion!
Kalau 1MDB RM2.6bilion yang sudah dipulangkan digelar kleptokrat, maka tak salah kalau kata RM6bilion terowong sebagai BAPAK KLEPTOKRAT?
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment