Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Zairil Khir Johari suami Dyana Sofya bakal ganti Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung DAP?

DAP seringkali mendakwa parti mereka adalah demokratik yang memperjuangkan semua kaum di Malaysia. Mereka mendakwa partinya lebih terbuka untuk semua kaum, bukan semata-mata untuk kaum Cina. Mungkin pemilihan parti (CEC) dalam memilih 20 pemimpin tertinggi DAP kali ini menyaksikan kelainan. Mungkin DAP akan membuktikan bahawa apa yang dikatakan selama ini iaitu kononnya DAP parti demokratik adalah benar-benar demokratik. Sama sama kita saksikan, apakah benar DAP sebuah parti demokratik yang memberi peluang kepada semua kaum? Atau DAP tetap DAP yang lama. Parti yang dikuasai Dinasti Lim, parti yang kepalanya adalah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sejak dari awal penubuhan DAP sehinggalah ke hari ini... #SuaraOrangRamai  #TolakPH  #TolakDAP  #SalamTerowong6bilion  #SalamDinastiLim Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/830003414590541/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

BN gabungan UMNO-MCA-MIC-PBRS paling mantap dan sesuai untuk rakyat majmuk di Malaysia

MCA semenjak ditubuhkan pada 1949, mempunyai misi untuk membela nasib kaum Cina serta bekerjasama dengan kaum-kaum lain demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah gabungan parti pelbagai kaum yang sederhana, mendukung perkongsian kuasa serta membuat keputusan berdasarkan konsensus parti-parti komponennya. Kerajaan BN telah membuktikan kewibawaannya mentadbir negara dengan aman dan progresif selama 61 tahun. MCA sebagai salah sebuah parti pengasas Perikatan (nama asal BN) perlu terus memperkukuhkan koalisi ini demi misi perjuangannya  yang selari dan serasi dengan hala tuju BN.   Gabungan lain seperti Pakatan Harapan dilihat gagal membawa kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Lebih-lebih lagi ketika masyarakat semakin berpecah akibat mainan politik pihak tertentu yang tanpa berkesudahan. MCA tidak sanggup melihat Malaysia terus ketinggalan dan mesti meneruskan misinya melalui platform sedia ada yang telah terbukti keberkesanannya. #SuaraOrangRa...

DAP gagal perjuangkan nasib orang Cina di Malaysia. Fakta.

Macam reban kena baling mercun bola, bertempiaran ayam-ayam lari... Bagai cacing kerawit kepanasan, menggeletik tubuh badannya menahan kesakitan. Itulah yang berlaku kepada DAP hari ini selepas Naib Presiden MCA, Dato' Sri Ti Lian Ker mengatakan bahawa DAP hanyalah sebuah parti yang gagal membela nasib rakyat khususnya masyarakat Cina apabila mereka berkuasa pada Mei 2018 - Feb 2020. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/01/23/dap-kowtowed-to-mahathir-failed-to-help-chinese-when-in-govt-says-mca/ Apa yang dikatakan oleh Ti Lian Ker adalah satu kebenaran, satu fakta dan satu sejarah yang tiada siapa dapat menafikannya. Semasa berkuasa, DAP yang menang 42 Kerusi Parlimen memiliki 6 orang Menteri dan 6 Timbalan Menteri. Tetapi mereka gagal menunaikan janji-janji manis kepada orang Cina semasa kempen PRU14 dulu. Janji ditabur DAP semasa mereka belum berkuasa. Mereka memberikan harapan palsu sejak tahun 2008 lagi dalam menjayakan misi 'menggantikan MCA' dalam me...

DAP MAHU WARISAN TARIK UNDI MELAYU

Bagaimana DAP desak Warisan tarik undi orang Melayu? Sini Suara Orang Ramai dedahkan... Ini adalah persoalan terbesar yang menghantui pemimpin PH - Apakah halatuju Parti Pembangkang selepas tumbang pada 24 Februari 2020? Parti pembangkang yang kekal dari dulu ialah DAP dan PKR. Dulu mereka tubuhkan Barisan Alternatif. Kemudian Pakatan Rakyat dan sampailah mereka berjaya menawan Putrajaya dengan nama Pakatan Harapan (PH). Dalam PH, DAP dan PKR bekerjasama dengan Mahathir (pada ketika itu PPBM) serta Shafei Apdal (Warisan). Banyak undi telah beralih dari BN kepada PH. Itu fakta nombor yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Sedia maklum, kerajaan PH tumbang selepas Dr. Mahathir bin Mohamad lepas jawatan Perdana Menteri. Hanya 22 bulan PH menjadi kerajaan. Maka terlucut jugalah jawatan menteri-menteri yang disandang pemimpin DAP dan PKR. Lebih menyedihkan (penyokong PKR), ialah apabila peralihan kuasa Mahathir- Anwar Ibrahim tidak berjalan dengan baik. Harapan palsu. Jangan dilupa, selama 22 ...

PM Muhyiddin ambil RM35 juta untuk Dewan Pagoh? Apa cerita sebenar?

Masih berlegar-legar di media sosial mengenai RM35 juta untuk pembinaan dewan masyarakat di Pagoh.  Persepsi menggambarkan bagaimana Ahli Parlimen Pagoh yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah menggunakan pengaruhnya untuk guna wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Betul ke? Ok jom kita jadi Detektif Conan dan selidik apa yang berlaku secara matang dan profesional... 1. Viral mengatakan 1 dewan bernilai RM35 juta.  Sebenarnya tak. Sebaliknya ia untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai, iaitu Dewan Gersik, Tangkak (RM13 juta); Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm3543-juta-bukan-untuk-bina-satu-tetapi-tiga-dewan-di-pagoh-pmo-278144 2. Viral kata, kenapa sekarang? Sekarang kan kita ada COVID-19. Patutnya RM35 juta tu beri untuk lawan COVID-19. China buat hospital, Malaysia buat Dewan RM35 juta di kawasan Perdana Menteri. Puak PH yang kini bergelar pemb...

Alternatif adalah agen berbayar DAP? Wtf!

Selepas kerajaan mereka tumbang akibat perebutan kuasa sesama sendiri, puak PH DAP kembali mengguna saluran media sosial untuk meneruskan propaganda jahat semata-mata mahu meraih sokongan. Selain 'Suara Raykat', mereka juga giat mencipta saluran-saluran baru.  'Alternatif' mungkin salah satu saluran mereka dalam menyebar propaganda jahat berbaur fitnah terhadap parti lawan mereka. Macam dalam gambar ni... Punyalah banyak contoh ekonomi, mereka ambil Pulau Pinang sebagai contoh dengan menggelarkannya sebagai 'pintu pelaburan negara'. Mereka menjadikan isu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebagai contoh kononnya dijadikan mangsa oleh Kerajaan Persekutuan. Kenapa tak guna projek terowong sebagai contoh! Sebenarnya isu pembesaran LTAPP ini sudah dijelaskan banyak kali oleh Menteri Pengangkutan Malaysia. https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1805896662911163/?d=n Kau gile apa nak besarkan airport time pandemik ni? Pakai jelah apa yang ada ...

ANWAR MAHU BATAL DARURAT KESIHATAN TAPI RAMASAMY DAP LABEL MKN TAK BERTANGGUNGJAWAB SEBAB BENAR PERARAKAN THAIPUSAM

Semalam kes COVID-19 dilaporkan sebanyak 4, 275. Dan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim masih sibuk dengan sokongan Ahli Parlimen menyokongnya membatalkan darurat kesihatan. Sumber berita : Anwar dakwa miliki sokongan majoriti ahli Parlimen rayu Agong batal darurat https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/296776 DAP setuju ke dengan tindakan DS Anwar yang bermain politik tatkala frontliners bertungkus lumus melawan COVID-19?  Malah, pemimpin berpengaruh DAP Pulau Pinang, P Ramasamy yang juga Timbalan ketua menteri II Pulau Pinang mendakwa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai tidak bertanggungjawab kerana membenarkan perarakan Thaipusam dari Kuala Lumpur ke Batu Caves. Katanya, MKN sepatutnya bertegas dengan keputusan sebelum ini yang melarang perarakan Thaipusam dan acara lain yang berkaitan di seluruh negara ketika negara sedang berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) baharu untuk membendung jangkitan kes Covid-19. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/296848 I...

Kes hina Jata Negara: Kerajaan PN besarkan isu remeh, kata DAP

ADUN DAP Tanah Rata, Pahang, Chiong Yoke Kong mengecam pihak polis menyiasat kes hina Jata Negara dan menuduh kerajaan PN sengaja mencari pasal membesarkan isu remeh, dan mengekang kebebasan berkarya dan percakapan orang ramai. Timbalan Pengerusi DAPSY itu juga menyifatkan Pemuda BN dan PAS sebagai bodoh dan jahil terhadap hasil seni, serta tidak menghormati kebebasan berkarya dan meluahkan pendapat. Kenyataan Chiong Yoke Kong di sini: FB The Rocket (B.Cina): https://www.facebook.com/therocket.zh/posts/3029578780483575 Laman The Rocket (B.Cina): https://therocket.com.my/cn/2020/06/30/%E5%9B%BD%E7%9B%9F%E6%94%BF%E5%BA%9C%E5%B0%8F%E9%A2%98%E5%A4%A7%E4%BD%9C-%E8%89%BA%E6%9C%AF%E5%88%9B%E4%BD%9C%E4%B8%8A%E7%BA%B2%E4%B8%8A%E7%BA%BF/ Kata-kata itu sekali lagi menunjukkan kejahilan DAP, serta kebiadaban mereka terhadap sistem dan martabat negara. Jelas sekali parti itu sedang menghasut orang ramai supaya bersikap biadap terhadap lambang martabat negara. Hari ini Jata Negara, esok mungkin Jalu...

AHLI DAP SEKADAR PAK TURUT DINASTI LIM

Hari bertukar hari, tahun bertukar tahun...segalanya bersilih ganti. Tapi dalam politik, apa yang tidak berganti-ganti? Iya, pimpinan tertinggi DAP yang masih tidak berganti-ganti. Berpuluh tahun lamanya, Lim Kit Siang mempunyai pengaruh yang kuat dalam DAP, tapi sekarang ni semakin bertambah berpengaruh apabila Kit Siang bergabung dengan anaknya, Lim Guan Eng dalam parti itu. Parti politik lain semua bertukar presiden dan kepimpinan tertinggi mengikut pilihan akar umbi. Tapi DAP? Masih dengan muka yang sama, sebab itu pembawakan DAP dari dulu sampai sekarang sama saja. Tiada beza sebab dipimpin oleh orang yang sama. Awal Januari lalu, kecoh apabila ada yang kata terdapat gerakan nak singkirkan Dinasti Lim ini pada pemilihan Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Tak terkejut pun kalau betul wujud gerakan nak singkirkan anak-beranak ni. Ini bukan kali pertama langkah macam ni nak dibuat, sejak 80-an lagi. Tapi malangnya masih belum berjaya. Kebal sungguh dua Lim ini! https://www.malays...

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Apa lagi Anwar Ibrahim mahu?

Selagi tak dapat pegang title Perdana Menteri, selagi itulah dia takkan berhenti mencuba. Siapa tak kenal figura ini? Sanggup buat apa sahaja asalkan niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Tapi pujian harus diberikan...bak kata pepatah 'usaha tangga kejayaan', dan Anwar sedang berusaha nak jadi PM cuma masih belum berjaya. Anwar pernah berkata "saya nak bagitahu, kalau betul saya sanggup lakukan apa saja untuk jadi perdana menteri, saya dah jadi pada tahun 1999 atau 2000. Jangan lupa itu. Tetapi saya tak sanggup bertolak-ansur dengan kerakusan dan kezaliman".  https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/06/dulu-saya-boleh-jadi-pm-tapi-saya-tolak-kezaliman-kata-anwar/ Boleh percaya ke? Keinginan Anwar membuak-buak nak jadi PM sejak 1998 - itu bukan lagi rahsia. Konspirasi untuk menggulingkan Tun Mahathir Mohamad juga bukan rahsia.  Anwar ajak rakyat sertai himpunan reformasi, himpunan jalanan, semata-mata untuk kepentingan politiknya tercapai. Se...

Darurat adalah konspirasi licik, kata Lim Kit Siang DAP

Kenapa kenyataan pemimpin berpengaruh DAP Lim Kit Siang ini tidak diterjemahkan ke Bahasa Malaysia? Takpe... Biar Suara Orang Ramai terjemahkan. Lim Kit Siang kata, DARURAT ADALAH KONSPIRASI LICIK. Konspirasi kejadahnya? Sedangkan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dibuat adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan! Ini bukan keputusan yang dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya. Maka Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat. Dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 12 Januari 2021 turut memaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Ba...

Apa jadi kalau DAP kerjasama dengan UMNO?

Teruk Tan Sri Muhyiddin Yassin (baca PPBM) dihentam kiri kanan depan belakang oleh musuhnya. Bukan saja dari pemimpin pembangkang seperti PH (DAP, PKR, PAN) tetapi juga geng Tun Mahathir (Pejuang) dan Syed Saddiq (MUDA), malah TSMY juga turut menerima tekanan daripada UMNO. Melihat keadaan ini, PH terutamanya DAP seakan-akan mahu bergandingan dengan UMNO, bukan saja menentang TSMY tetapi juga ke arah kerjasama politik UMNO-DAP. Akar umbi kedua-dua parti mungkin kata tidak. Tetapi keputusan akhirnya terletak kepada pucuk pimpinan parti. Kalau kita lihat, banyak kali pemimpin baik UMNO mahupun DAP cuba memberi gambaran tentang kerjasama ini. Di Perak misalnya, masing-masing membuat kenyataan 'bersedia' untuk bekerjasama 'demi kestabilan'. DAP sedia kerjasama dengan UMNO tubuh kerajaan di Perak https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-sedia-kerjasama-dengan-umno-tubuh-kerajaan-di-perak-272169 Zahid: Umno sedia kerjasama dengan PH, DAP bentuk kerajaan stabil di Perak h...

KES MAHKAMAH BERJALAN SEMASA DARURAT, SIAPA PANAS?

Ada yang gembira, ada yang tidak gembira mendengar berita ini. Kalau pengistiharan darurat semalam menyebut 'mahkamah juga perlu ditutup', mungkin ia akan memberi reaksi berbeza daripada politikus. Bercakap mengenai kes mahkamah, kita semua tahu ramai politikus yang kini berdepan dengan kes mahkamah. Ada yang kes rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya. Sebelah pihak kata ia sebagai pendakwaan politik. Sebelah pihak lagi kata 'rule of law'. Macam-macam pandangan, mengikut individu tersebut. Tapi bagi kes bekas PM, DS Najib Razak, beliau dilihat lebih berjiwa besar apabila dari awal lagi berani berdepan kes mahkamahnya. Sampaikan dia sendiri minta perbicaraan dipercepatkan. Ini kerana beliau tahu bahawa dirinya tidak bersalah. Sebab itu beliau seboleh-bolehnya mahu membersihkan namanya di mahkamah, malah banyak kali mendesak agar perbicaraan dilakukan secara siaran langsung! Jadi SOR rasa, kes mahkamah berjalan semasa darurat ini adalah sesuatu yang patut disambut bai...

Nak PRU15? Kasi setel Covid-19 dan banjir dulu...

Dalam tempoh 9 hari di tahun baru 2021, negara mencatatkan 71 kes kematian akibat COVID-19.  Ia amat membimbangkan kerana dalam tempoh 9 bulan pertama tahun lalu, jumlah kematian kurang daripada 100 kes. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/774508/bimbang-rekod-71-mati-9-hari-tahun-ini-dr-noor-hisham Peningkatan kes kematian begitu mendadak. Salah siapa?  Sekarang bukan masa nak 'tuding jari' kepada mana-mana pihak. Kerana kita semua bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga masing-masing. Tapi jari itu pasti akan 'dituding' kepada pihak kerajaan atau ahli politik yang terlalu kemaruk nak adakan pilihan raya umum (PRU). Lupakah dengan apa yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lalu?  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/739149/kerajaan-akui-prn-punca-kes-covid-19-meningkat Jadi kenapa nak sibukkan diri dengan PRU? Kan ada agenda yang lebih penting perlu diselesaikan. Rakyat begitu terkesan dengan pandemik COVID-19, ditimpa pula dengan musibah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...

Lebih 300 Sukarelawan MCA dikerah bantu mangsa banjir.

Mereka turun ke Pahang bagi memberikan bantuan krisis banjir, antara daerah yang terlibat ialah Temerloh, Mentakab, Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong. Syabas guys! #CRSM #PrayForMalaysia #Banjir2021  Sumber gambar FB CRSM HQ马华志工团 Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/819392718984944/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Kita tengah terhimpit akibat COVID-19, Ketua Menteri Pulau Pinang dapat kereta baru setengah juta!

Korang dah lulus i-Sinar ke? #SuaraOrangRamai #TolakPH #TolakDAP Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/819411578983058/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

BN, PH, PN : Mana lebih baik?

Hubungan UMNO - PPBM dikatakan tegang. Dalam hal ini, PAS perlu mempunyai pendirian tegas sama ada untuk kekal sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) bersama PPBM atau pertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO. https://www.malaysiakini.com/news/558062 Gabungan Barisan Nasional (BN) pula perlu kekal kuat menjelang PRU-15 nanti. Jangan sesekali terperangkap dengan pergeseran politik yang hangat ketika ini. Tanpa BN, di mana lagi tempat rakyat bergantung harap? Adalah diakui bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH) semenjak gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan. BN perlu ambil kesempatan terhadap kelopongan PH ini untuk terus mendapatkan sokongan rakyat dengan menjaga kebajikan mereka. Gabungan MN tidak kurang hebatnya. Ingat lagi bagaimana MN bertoleransi sesama sendiri dalam pembahagian kerusi semasa PRK sehingga membawa kepada kemenangan besar? MN antara faktor yang telah membawa kemenangan semasa PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rant...

PH hilang sokongan, tidak akan menang besar di Sarawak, kata penganalisis

Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin menang besar dalam pilihan raya Sarawak ke-12 yang mesti diadakan pada Jun ini, walaupun parti komponennya tidak bertanding menentang satu sama lain, menurut seorang penganalisis politik. Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia memberitahu FMT, bahawa beliau percaya PKR sudah "hilang sinar" sementara DAP Sarawak berdepan masalah kurang kemahiran politik dalam kalangan pemimpinnya. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/07/ph-hilang-sokongan-tidak-akan-menang-besar-di-sarawak-kata-penganalisis/ #SuaraOrangRamai #TolakPH #TolakDAP Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/818771452380404/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Selangor GAGAL 3 perkara

Mana pemimpin PH Selangor ek? Tak ada buat apa apa ke? Kata kononnya 'peduli rakyat'. Peduli apa macam ni??? #SuaraOrangRamai #TolakPH #TolakDAP Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/818155832441966/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Mana puak DAP? Lena dalam banglo ka???

Saat Pulau Pinang dilihat pesat membangun, saat pemimpin berpengaruh di negeri itu terkenal dengan banglonya, namun malang bagi rakyatnya apabila ada yang terpaksa menjadikan kereta berusia 20 tahun sebagai rumah! Bayangkan, keluarga malang ini sudah tinggal dalam kereta bersama anak-anak kecil selama 8 BULAN dan TIADA SATU PUN BANTUAN DIBERIKAN?!!! "Bayi diberi minum kopi manakala dua lagi anak hanya menjamah kepingan biskut bagi mengalas perut." "Parameswari yang hamil anak ketiga terpaksa berumah di dalam kereta bersama suami dan anak Girthikanesh, 8, dan Devi Shri, 6, dengan menjadikan tandas awam di beberapa lokasi bagi membersihkan diri serta mendapatkan sumber air. "Sehinggalah dua minggu kemudian, saya melahirkan anak ketiga, Kirthana dan menjalani proses berpantang di dalam kereta. "Kirthana yang kini berusia lapan bulan diberi susu badan namun pernah saya terpaksa beri dia minum air suam dan air kopi kerana tidak sanggup melihat dia kelaparan," h...

DAP parti anak beranak

NEPOTISME KRONIK DALAM PARTI DAP Cukup-cukuplah berlakon seolah-olah DAP sebuah parti yang demokratik, untuk pelbagai kaum sedangkan 'takut' untuk humban Dinasti Lim (legasi Lim Kit Siang bersama anaknya Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying) ke dalam tong sampah. Sejak sekian lama, jawatan paling berpengaruh iaitu Setiausaha Agung masih disandang oleh Lim Guan Eng manakala bapanya Lim Kit Siang masih bergiat aktif dalam DAP ala 'godfather'. Lim Guan Eng sudah tiga penggal menjadi Setiausaha Agung dan ini merupakan kali terakhir beliau memegang jawatan itu. Baguslah...bagi peluang pada muka baru pula. Ada yang menyebut nama Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai pengganti Guan Eng. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/09/loke-dilihat-sebagai-pilihan-untuk-ganti-guan-eng-dalam-dap/ Tapi semua tahu, Anthony Loke adalah macai Lim Guan Eng. Undi Anthony Loke bermakna undi untuk Lim Guan Eng. Kali terakhir pemilihan CEC ini diadakan ialah pada...