Masih berlegar-legar di media sosial mengenai RM35 juta untuk pembinaan dewan masyarakat di Pagoh.
Persepsi menggambarkan bagaimana Ahli Parlimen Pagoh yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah menggunakan pengaruhnya untuk guna wang rakyat untuk kepentingan sendiri.
Betul ke?
Ok jom kita jadi Detektif Conan dan selidik apa yang berlaku secara matang dan profesional...
1. Viral mengatakan 1 dewan bernilai RM35 juta.
Sebenarnya tak. Sebaliknya ia untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai, iaitu Dewan Gersik, Tangkak (RM13 juta); Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta).
2. Viral kata, kenapa sekarang? Sekarang kan kita ada COVID-19. Patutnya RM35 juta tu beri untuk lawan COVID-19. China buat hospital, Malaysia buat Dewan RM35 juta di kawasan Perdana Menteri.
Puak PH yang kini bergelar pembangkang sememangnya tahu apa yang berlaku. Mana-mana pihak yang pernah menjadi kerajaan juga tahu prosedur dalam sesuatu projek pembangunan. Tak kisahlah nak buat dewan ke, nak buat terowong dasar laut ke apa ke...
Bukannya PM kata nak nak buat dewan hari ini, esok Kementerian Kewangan sudah luluskan RM35 juta.
Sebaliknya ia melihat kepada keperluan orang ramai di sesuatu tempat. Sama macam kita nak buat sekolah. Kalau budak-budak dah semakin ramai di sesuatu tempat, dan mereka perlu bergerak lebih 50km untuk ke sekolah, maka sudah tentu ada keperluan untuk membina sebuah sekolah baru di tempat mereka.
Mana-mana projek pembangunan perlu melalui pelbagai proses dan lapisan termasuklah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Kerja Raya dan lain-lain. Nampak mudah, tapi sebenarnya rumit dan banyak kerja. ICU akan kaji ada keperluan atau tidak, begitu juga dengan JKR dan lain-lain agensi.
PMO Pejabat Perdana Menteri Prime Minister's Office, Putrajaya Jabatan Perdana Menteri juga telah menjelaskan bahawa Perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan tersebut bukanlah secara rundingan terus tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Malah RM35 juta kos pembinaan tersebut juga pastilah termasuk dengan kos pembaikan jalan, sistem paip, lampu jalan dan sebagainya.
Nasihat Suara Orang Ramai kepada puak PH DAP, apa kata korang selidik projek terowong dasar laut bernilai lebih RM6BILION wang rakyat tu... Beratus juta dah keluar untuk buat kajian, tapi sampai sekarang bayang terowong pun tak nampak ni?!!! Apa cerita?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment