Skip to main content

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL


Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik.

Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa.

Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya.

Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial.


Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016).

Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah penyokong setianya, apabila membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir demi kepentingan diri sendiri. Yang paling jelas - untuk melepaskan diri daripada hukuman penjara.


Telahan tu tepat, pada 15 Mei 2018, selepas 6 hari Pakatan Harapan menang PRU, Anwar telah mendapat pengampunan penuh tanpa sebarang syarat daripada Yang di-Pertuan Agong (ketika itu), Sultan Muhammad V. Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih Tun Mahathir kerana melancarkan proses pembebasan beliau.

Walaupun ada suara-suara dalam PKR yang kata, sebenarnya Mahathir tak beriya pun. Tapi isteri Anwar, Kak Wan lah yang bertungkus lumus berusaha membebaskan Anwar.


PH diberi mandat untuk mentadbir negara. Pasti penyokong setia Anwar yang sudah bersamanya sejak zaman reformasi, turun ke jalanan bersama mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada pemimpin hebat mereka.

Tapi itu semua mimpi. Sejak PH menang, Anwar sentiasa berusaha untuk menjadi PM. Tapi sehingga kini Anwar masih gagal. Terlalu mengejar jawatan sampai terlupa agenda rakyat yang perlu diberi perhatian.

Mahathir berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwar selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dianjurkan di negara ini pada November 2020.


Tapi belum sempat peralihan kuasa berlaku, PH sudah terkubur terlebih dahulu.


Kesian...lagi sekali impian Anwar untuk menjadi PM terkubur. Sudah terlalu lama Anwar berusaha untuk menjadi PM, pelbagai usaha telah dibuat, tapi sayang...tak ada rezeki.

Mungkin Anwar ditakdirkan bukan untuk menjadi PM. Alangkah baiknya kalau Anwar terima kenyataan itu dan kembali mengerah tenaganya sebagai ahli parlimen untuk membantu rakyat. Tapi sayang, cita-cita itu masih utuh dalam diri Anwar.

Semoga Anwar berjaya menggapai impian, walaupun rakyat sudah bosan dengan mainan politiknya.

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#NoToAnwar

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...