Skip to main content

DAP gagal perjuangkan nasib orang Cina di Malaysia. Fakta.


Macam reban kena baling mercun bola, bertempiaran ayam-ayam lari...

Bagai cacing kerawit kepanasan, menggeletik tubuh badannya menahan kesakitan.

Itulah yang berlaku kepada DAP hari ini selepas Naib Presiden MCA, Dato' Sri Ti Lian Ker mengatakan bahawa DAP hanyalah sebuah parti yang gagal membela nasib rakyat khususnya masyarakat Cina apabila mereka berkuasa pada Mei 2018 - Feb 2020.


Apa yang dikatakan oleh Ti Lian Ker adalah satu kebenaran, satu fakta dan satu sejarah yang tiada siapa dapat menafikannya.

Semasa berkuasa, DAP yang menang 42 Kerusi Parlimen memiliki 6 orang Menteri dan 6 Timbalan Menteri. Tetapi mereka gagal menunaikan janji-janji manis kepada orang Cina semasa kempen PRU14 dulu.

Janji ditabur DAP semasa mereka belum berkuasa. Mereka memberikan harapan palsu sejak tahun 2008 lagi dalam menjayakan misi 'menggantikan MCA' dalam mewakili orang Cina di Malaysia ini.

Ternyata kewujudan DAP hanyalah merosakkan perpaduan negara. Mereka sanggup memberikan janji dan harapan palsu kepada orang Cina semata-mata kerana kuasa.

Bila dah dapat kuasa dengan cara menghasut, mereka hanyalah seekor ayam yang tiada taji, hanya pandai berkokok saja....

Sekarang, DAP mahu kerjasama dengan UMNO semata-mata mahu kembali berkuasa.

Dulu tuduh MCA budak suruhan UMNO. Dulu tuduh UMNO BN korup dan sebagainya. Tapi sekarang sedia kerjasama dengan UMNO pula?


Jelas perjuangan DAP tiada bermatlamat, selain hanya kepentingan peribadi dan kepentingan kuasa Dinasti Lim yang dikepalai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng anak beranak.

Jika diminta senaraikan apa perkara bermanfaat DAP kepada masyarakat dan negara, pasti tiada siapa dapat melakarnya.

Tiada kejayaan DAP dalam membantu masyarakat sebaliknya mereka hanya dilihat juara menggadai aset negara, juara dalam menjadikan ekonomi Malaysia lemah dan berjaya menjahanamkan negara pada tahap yang amat memalukan. Semua ini menyebabkan rakyat Malaysia menderita hidup di bawah PH DAP!


#SalamTerowong6Bilion
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...