Skip to main content

KES MAHKAMAH BERJALAN SEMASA DARURAT, SIAPA PANAS?


Ada yang gembira, ada yang tidak gembira mendengar berita ini.

Kalau pengistiharan darurat semalam menyebut 'mahkamah juga perlu ditutup', mungkin ia akan memberi reaksi berbeza daripada politikus.

Bercakap mengenai kes mahkamah, kita semua tahu ramai politikus yang kini berdepan dengan kes mahkamah. Ada yang kes rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya.

Sebelah pihak kata ia sebagai pendakwaan politik. Sebelah pihak lagi kata 'rule of law'. Macam-macam pandangan, mengikut individu tersebut.

Tapi bagi kes bekas PM, DS Najib Razak, beliau dilihat lebih berjiwa besar apabila dari awal lagi berani berdepan kes mahkamahnya. Sampaikan dia sendiri minta perbicaraan dipercepatkan.

Ini kerana beliau tahu bahawa dirinya tidak bersalah. Sebab itu beliau seboleh-bolehnya mahu membersihkan namanya di mahkamah, malah banyak kali mendesak agar perbicaraan dilakukan secara siaran langsung!

Jadi SOR rasa, kes mahkamah berjalan semasa darurat ini adalah sesuatu yang patut disambut baik oleh semua pihak.

Lagipun, darurat yang diisytiharkan ini hanya tertumpu kepada soal keselamatan awam dari segi ancaman kesihatan COVID-19.

Pentadbiran kerajaan adalah berfungsi seperti biasa, Malaysia tidak diperintah oleh tentera dan tidak ada pun perintah berkurung.

Darurat ini hanya menggantung Parlimen. Kalau ia bersidang sekalipun (ikut takwim Dewan Rakyat, ia akan bersidang pada 8 Mac 2021 - 8 April 2021), adakah kalau ia bersidang, ada ahli parlimen yang akan mengusulkan undi tidak percaya PM seterusnya membolehkan pilihan raya umum ke 15 diadakan?

Sedangkan, daripada pemerhatian SOR, boleh kata semua politikus dan parti politik tidak bersetuju PRU15 diadakan pada waktu sekarang, sebaliknya dilakukan selepas kita berjaya tangani COVID-19.

Jadi, kenapa pula nak persoalkan pengisytiharan darurat?

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

Muhyiddin Yassin
Najib Razak
Zahid Hamidi
Lim Guan Eng
Anwar Ibrahim
Dr. Mahathir bin Mohamad
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...