Dalam tempoh 9 hari di tahun baru 2021, negara mencatatkan 71 kes kematian akibat COVID-19.
Ia amat membimbangkan kerana dalam tempoh 9 bulan pertama tahun lalu, jumlah kematian kurang daripada 100 kes.
Peningkatan kes kematian begitu mendadak.
Salah siapa?
Sekarang bukan masa nak 'tuding jari' kepada mana-mana pihak. Kerana kita semua bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga masing-masing.
Tapi jari itu pasti akan 'dituding' kepada pihak kerajaan atau ahli politik yang terlalu kemaruk nak adakan pilihan raya umum (PRU).
Lupakah dengan apa yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lalu?
Jadi kenapa nak sibukkan diri dengan PRU? Kan ada agenda yang lebih penting perlu diselesaikan.
Rakyat begitu terkesan dengan pandemik COVID-19, ditimpa pula dengan musibah banjir di sesetengah negara, tapi ahli politik masih ada masa untuk fikir tentang PRU? Di mana ihsan kamu?
Sabarlah... Selain COVID-19, kita juga berdepan dengan musibah banjir... Tak boleh ke tunggu isu serius ini selesai dulu?
Fikirkan kesan pada masa akan datang yang akan negara terima akibat kerakusan diri sendiri. Ahli politik tidak boleh 'selfish', kebajikan rakyat perlu dijaga.
Jangan lupa, kemenangan kalian pada pilihan raya terletak di tangan rakyat. Jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama seperti yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH), hanya tadbir negara 22 bulan sahaja!
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment