Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...
Comments
Post a Comment