Bagaimana DAP desak Warisan tarik undi orang Melayu? Sini Suara Orang Ramai dedahkan...
Ini adalah persoalan terbesar yang menghantui pemimpin PH - Apakah halatuju Parti Pembangkang selepas tumbang pada 24 Februari 2020?
Parti pembangkang yang kekal dari dulu ialah DAP dan PKR.
Dulu mereka tubuhkan Barisan Alternatif.
Kemudian Pakatan Rakyat dan sampailah mereka berjaya menawan Putrajaya dengan nama Pakatan Harapan (PH).
Dalam PH, DAP dan PKR bekerjasama dengan Mahathir (pada ketika itu PPBM) serta Shafei Apdal (Warisan). Banyak undi telah beralih dari BN kepada PH. Itu fakta nombor yang tidak boleh dinafikan sesiapa.
Sedia maklum, kerajaan PH tumbang selepas Dr. Mahathir bin Mohamad lepas jawatan Perdana Menteri. Hanya 22 bulan PH menjadi kerajaan. Maka terlucut jugalah jawatan menteri-menteri yang disandang pemimpin DAP dan PKR. Lebih menyedihkan (penyokong PKR), ialah apabila peralihan kuasa Mahathir- Anwar Ibrahim tidak berjalan dengan baik. Harapan palsu.
Jangan dilupa, selama 22 bulan PH menjadi kerajaan, Malaysia hancur musnah di bawah pemerintahan mereka. Baik dari segi perpaduan, hinggalah kepada ekonomi yang lemah dalam sejarah Malaysia. Soal kegagalan PH mentadbir Malaysia perlu ditulis dalam penulisan lain, sebab terlalu panjang untuk diceritakan...
Baik, lepas PH tumbang, maka Mahathir tubuh parti baru dengan nama Pejuang. Dan sehingga kini, Mahathir dan kuncu-kuncunya masih bergerak sendirian, tidak mahu bersama PH yang masih dikuasai DAP dan PKR. Ketuanya kini Anwar Ibrahim, insan yang sepatutnya menjadi PM jika peralihan kuasa Mahathir-Anwar berjalan baik.
Maka parti komponen dalam PH kini hanya tinggal DAP, PKR, PAN.
Jadi bagaimana PH mahu mengambil hati pengundi Melayu dan Bumiputera memandangkan DAP cukup terkenal dengan sikap ekstremis dan ultra-kiasu mereka dalam meraih undi Cina? Manakala segelintir masyarakat India pula dilihat cenderung memilih PKR.
Adakah PAN yang dipimpin Mohamad Sabu , bekas panglima parti PAS mampu menarik undi Melayu kepada PH pada PRU15?
Atau parti Warisan dilihat lebih berpengaruh untuk menggantikan 'kerja' Mahathir dan PAN semasa PRU14 lalu?
Ini tidak mustahil.
Kuasa paling kuat dalam PH iaitu DAP dilihat sudah mula menggerakkan usaha kerjasama DAP-Warisan bagi memperkasakan PH.
PKR pula dilihat sudah tak relevan dan terbukti lemah. Lebih-lebih lagi apabila DS Anwar sudah terlalu tua untuk dunia politik Malaysia. Anwar dan Mahathir adalah figura politik yang sudah boleh disimpan di muzium.
Sekarang majoriti adalah pengundi muda, kumpulan yang memiliki pemikiran yang jauh lebih ke depan berbanding atuk-atuk mereka seperti Mahathir dan Anwar.
Kalau kita perhatikan hantaran-hantaran pemimpin DAP, mereka dilihat mesra menjilat Warisan. Malah gerakan #KitaUnite yang dipelopor Warisan menjadi ikutan pemimpin DAP seluruh Malaysia. Ini sudah tentu membayangkan ada gerakan lain yang dibuat oleh DAP-Warisan tanpa diketahui PKR dan PAN.
Jika ini benar berlaku, maka PKR dan PAN perlu sedar bahawa mereka sememangnya gagal serta tidak mampu untuk menggalas 'tugas' Mahathir dulu dalam meraih undi Melayu dan Bumiputera. Suara Orang Ramai tak kata mereka gagal sepenuhnya. Tetapi sokongan orang Melayu terhadap PKR dan PAN amatlah sedikit, celah gigi saja.
Jadi Barisan Nasional atau PN perlu waspada dengan gerakan DAP ini. Mereka akan melakukan apa saja demi meraih sokongan orang Melayu untuk mereka kembali berkuasa...
Ingat, mereka juga pakar dalam merangka strategi politik, pakar dalam membentuk kerjasama politik sebab itu mereka rela berpelukan dengan Mahathir walaupun sosok tubuh itu adalah musuh utama mereka sejak berpuluh tahun lalu.
PKR dan PAN juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan gerakan DAP. Sifat sesumpah mereka yang berubah warna ikut persekitaran sekeliling perlu dipandang serius. Hari ini mereka 'bunuh' (bermusuhan) Mahathir, esok mereka buat upacara 'hidupkan' (kerjasama) Mahathir. Dan mereka juga akan kembali 'bunuh' Mahathir selepas agenda dan kepentingan mereka tidak dipenuhi. Tidak mustahil lusa mereka 'bunuh' PKR dan PAN serta 'hidupkan' Warisan.
This is DAP.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment