MCA semenjak ditubuhkan pada 1949, mempunyai misi untuk membela nasib kaum Cina serta bekerjasama dengan kaum-kaum lain demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah gabungan parti pelbagai kaum yang sederhana, mendukung perkongsian kuasa serta membuat keputusan berdasarkan konsensus parti-parti komponennya. Kerajaan BN telah membuktikan kewibawaannya mentadbir negara dengan aman dan progresif selama 61 tahun.
MCA sebagai salah sebuah parti pengasas Perikatan (nama asal BN) perlu terus memperkukuhkan koalisi ini demi misi perjuangannya
yang selari dan serasi dengan hala tuju BN.
Gabungan lain seperti Pakatan Harapan dilihat gagal membawa kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Lebih-lebih lagi ketika masyarakat semakin berpecah akibat mainan politik pihak tertentu yang tanpa berkesudahan.
MCA tidak sanggup melihat Malaysia terus ketinggalan dan mesti meneruskan misinya melalui platform sedia ada yang telah terbukti keberkesanannya.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#BenciEkstremis
#MalaysiaNegaraModerat
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment