Selagi tak dapat pegang title Perdana Menteri, selagi itulah dia takkan berhenti mencuba.
Siapa tak kenal figura ini? Sanggup buat apa sahaja asalkan niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
Tapi pujian harus diberikan...bak kata pepatah 'usaha tangga kejayaan', dan Anwar sedang berusaha nak jadi PM cuma masih belum berjaya.
Anwar pernah berkata "saya nak bagitahu, kalau betul saya sanggup lakukan apa saja untuk jadi perdana menteri, saya dah jadi pada tahun 1999 atau 2000. Jangan lupa itu. Tetapi saya tak sanggup bertolak-ansur dengan kerakusan dan kezaliman".
Boleh percaya ke? Keinginan Anwar membuak-buak nak jadi PM sejak 1998 - itu bukan lagi rahsia. Konspirasi untuk menggulingkan Tun Mahathir Mohamad juga bukan rahsia.
Anwar ajak rakyat sertai himpunan reformasi, himpunan jalanan, semata-mata untuk kepentingan politiknya tercapai.
Sekarang ini, Anwar mahu mencabar langkah pengisytiharan darurat yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mahkamah pula.
Anwar terus bermain politik sedangkan kita semua tahu tindakan itu dibuat demi mengekang penularan pandemik COVID-19. Niat untuk merampas kuasa lebih menguasi jiwanya berbanding usaha untuk membantu rakyat mendepani musibah banjir dan COVID-19.
Ahli Parlimen Port Dickson itu 'selfish'. Lupa agenda rakyat dek kerana rakus untuk menjadi PM.
Tahun lalu, Anwar begitu yakin buat pengumuman yang beliau ada majoriti untuk bentuk kerajaan, tahun ini nak heret kerajaan ke mahkamah pula?
Apa lagi niatnya? Mestilah untuk kepentingan politik.
Mungkin Anwar lupa, proklamasi darurat dilaksanakan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bukan suka-suka kerajaan PN nak laksanakannya.
Jadi, secara tidak langsung, Anwar boleh 'dicop' derhaka terhadap YDB. Betul?
Kalau kemaruk sangat nak jadi PM sekalipun, tak payah la ikut 'jalan belakang', tunggulah PRU nanti. Barulah anak jantan. Kan?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#NoToAnwar
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment