Skip to main content

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong


Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia.

Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19.

Projek-projek tersebut ialah:

1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG

Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan.

2. FERI LAMA PULAU PINANG

Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik.

10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu.

Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan seperti Guan Eng dan DAP yang dilihat hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya.

Lagipun kita bukannya buang terus feri lama tersebut. Sebaliknya perkhidmatan feri lama tetap diteruskan. Jika Guan Eng tak percaya, saya jemput dia untuk sama-sama naik feri tersebut minggu depan. Harap Guan Eng dapat kosongkan jadual.

Kerajaan Persekutuan juga telah menawarkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk ambil alih operasi beberapa buah feri lama. Tetapi setakat ini, mereka belum lagi membalas tawaran tersebut.

3. PROJEK LRT PULAU PINANG

Kelulusan yang diberikan Guan Eng kepada Asia Development Bank (ADB) bagi membolehkan Pulau Pinang meminjam sebanyak US$500 juta dalam matawang asing DENGAN JAMINAN Kerajaan Persekutuan telah dibatalkan Kementerian Kewangan kerajaan PN. 

Ini kerana KADAR FAEDAH ADB adalah LEBIH TINGGI memandangkan negara Malaysia tidak lagi diklasifikasikan oleh ADB sebagai sebuah negara membangun.

Pinjaman dalam matawang asing juga meningkatkan risiko kepada kerajaan sekiranya nilai Ringgit merosot.

Ini sama seperti bon Samurai yang dulunya Guan Eng pernah kata kadar faedahnya amat rendah TETAPI akhirnya kadar faedah efektif susulan kenaikan nilai matawang Jepun adalah setinggi 7.7 peratus!

Walaupun kerajaan Pulau Pinang telah beberapa kali mengumumkan mereka ada keupayaan untuk membiayai projek PTMP bernilai RM46 bilion dengan sepenuhnya, namun pintu rundingan masih terbuka untuk Guan Eng berbincang dengan Menteri Kewangan bagi mendapatkan pertolongan Kerajaan Persekutuan sekiranya Guan Eng benar-benar ada sumber pinjaman yang lebih rendah.

4. PEMBESARAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG

Projek ini SEBENARNYA telah diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu dalam Belanjawan 2018. Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan menanggung sepenuhnya kos projek ini. 

Erti kata lain, projek sudahpun berjalan sebelum PRU14 lagi.

Namun ianya TERGENDALA apabila Guan Eng mengumumkan projek lapangan terbang-lapangan terbang di Malaysia akan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) atau Private Financing Initiative.

GUAN ENG SENDIRI yang umumkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Susulan itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditangguhkan sekali lagi apabila Guan Eng suruh MAHB untuk BERUNDING dengan syarikat Ideal Property yang merupakan KAWAN RAPAT Guan Eng (seperti surat yang saya lampirkan) yang banyak mendapat manfaat projek termasuk projek PTMP bernilai RM46 bilion semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Akibat penangguhan atas penangguhan semasa pemerintahan kerajaan PH, maka MAHB tidak berpeluang untuk memulakan projek tersebut.

Malangnya, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila jumlah pengguna lapangan terbang MENURUN SECARA MENDADAK AKIBAT COVID-19 dan keadaan ini menyebabkan MAHB menerima tekanan aliran wang tunai.

Namun, kerajaan dan saya secara peribadi tidak mempunyai apa-apa halangan jika MAHB ingin teruskan projek tersebut sekiranya sektor penerbangan kembali pulih.

Ini adalah jaminan saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika mengadakan pertemuan di Parlimen pada tahun lepas.

#DemiRakyat
#ApaYangBaikKitaTeruskan
#ConsistentlyInconsistent

Dari FB Wee Ka Siong

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...