Teruk Tan Sri Muhyiddin Yassin (baca PPBM) dihentam kiri kanan depan belakang oleh musuhnya. Bukan saja dari pemimpin pembangkang seperti PH (DAP, PKR, PAN) tetapi juga geng Tun Mahathir (Pejuang) dan Syed Saddiq (MUDA), malah TSMY juga turut menerima tekanan daripada UMNO.
Melihat keadaan ini, PH terutamanya DAP seakan-akan mahu bergandingan dengan UMNO, bukan saja menentang TSMY tetapi juga ke arah kerjasama politik UMNO-DAP.
Akar umbi kedua-dua parti mungkin kata tidak. Tetapi keputusan akhirnya terletak kepada pucuk pimpinan parti.
Kalau kita lihat, banyak kali pemimpin baik UMNO mahupun DAP cuba memberi gambaran tentang kerjasama ini.
Di Perak misalnya, masing-masing membuat kenyataan 'bersedia' untuk bekerjasama 'demi kestabilan'.
DAP sedia kerjasama dengan UMNO tubuh kerajaan di Perak
Zahid: Umno sedia kerjasama dengan PH, DAP bentuk kerajaan stabil di Perak
Apakah DAP tergamak meletakkan maruah parti mereka yang berintegriti ke lembah kehinaan apabila berpelukan dengan UMNO?
Walhal semua tahu DAP sering melabelkan UMNO sebagai parti kotor, rasuah dan sebagainya?
Andai kata terjalinnya ikatan kerjasama UMNO-DAP, maka secara tidak langsung DAP juga perlu menanggung beban yang dipikul UMNO apabila beberapa pemimpin UMNO kini sedang menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah.
Andai DAP bersama UMNO, maka DAP juga perlu menjawab atau mempertahankan DS Najib berhubung kes 1MDB.
Begitu juga dengan UMNO. Mereka perlu membela Lim Guan Eng berhubung skandal terowong RM6bilion.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment