Skip to main content

BN, PH, PN : Mana lebih baik?


Hubungan UMNO - PPBM dikatakan tegang. Dalam hal ini, PAS perlu mempunyai pendirian tegas sama ada untuk kekal sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) bersama PPBM atau pertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.


Gabungan Barisan Nasional (BN) pula perlu kekal kuat menjelang PRU-15 nanti. Jangan sesekali terperangkap dengan pergeseran politik yang hangat ketika ini.

Tanpa BN, di mana lagi tempat rakyat bergantung harap?

Adalah diakui bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH) semenjak gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan.

BN perlu ambil kesempatan terhadap kelopongan PH ini untuk terus mendapatkan sokongan rakyat dengan menjaga kebajikan mereka.

Gabungan MN tidak kurang hebatnya. Ingat lagi bagaimana MN bertoleransi sesama sendiri dalam pembahagian kerusi semasa PRK sehingga membawa kepada kemenangan besar?

MN antara faktor yang telah membawa kemenangan semasa PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Sandakan dan Kimanis. Tidak lupa juga PRK Tanjung Piai yang merupakan kemenangan besar buat BN.


BN tidak boleh terus hanyut dengan berita mengenai 'ketegangan' di antara UMNO dan PPBM. Terus jalan ke hadapan, dapatkan sokongan rakyat dengan menjaga kebajikan mereka.

Rakyat sudah muak dengan drama politik negara ni. Banyak lagi perkara besar yang perlu difikirkan seperti penularan COVID-19 dan musibah banjir.

Jika BN nak menang pada PRK-15 akan datang, bantulah rakyat...mereka memerlukan wakil rakyat yang dapat menjaga kebajikan mereka, bukan wakil rakyat yang muncul bila tiba PRU/PRK...lepas menang, hilang entah ke mana, ghaib!

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...