Pertikaian kerusi bagi PRN Johor ini telah mewujudkan kebimbangan di kalangan ahli-ahli PKR, khususnya di dalam sayap pemudanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak senang hati dengan hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding di dalam 6 kerusi milik Pakatan Harapan. Nampaknya pemuda PKR sudah rasa tergugat dengan MUDA yang dikatakan orang ramai sebagai parti idealistik baharu yang mampu menarik sokongan pengundi muda, berbeza dengan PKR yang masih dipimpin oleh orang yang sama sejak penubuhannya pada tahun 1998, dan dilihat kehilangan kepercayaan rakyat apabila dikalahkan di semua kerusi yang ditanding semasa PRN Melaka 3 bulan lalu. Malah, cita-cita MUDA untuk menggantikan parti-parti PKR jelas dilihat apabila Presidenya, Syed Saddiq memuatnaik posting dalam media sosial yang mengkritik ADUN PKR Ulu Tiram sebagai tidak bekerja. Jangan pula dilupakan poster "Hentikan Korupsi" yang dimuatnaik platform media sosial MUDA yang meletakkan lambang PKR da...