Parti petai buat lawak
Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Dato' Sri Mukhriz Mahathir tentunya berlawak apabila mendakwa Pejuang sinonim dengan usaha untuk memerangi rasuah.
Pelawak itu malah menetapkan bahawa individu berpotensi menjadi calon Pejuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diwajibkan menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) untuk memastikan latar belakang yang bersih.
Hakikatnya, Pejuang ditubuhkan semata-mata untuk menyambung nyawa politik beberapa pemimpin Parti Bersatu, termasuk Mukhriz dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang enggan mengikut jejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Dua tahun berlalu, Pejuang gagal menonjolkan pemimpin yang berkalibar selain Mukhriz dan Mahathir, yang sudah menjangkau 96 tahun.
Tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh daripada kedua-duanya untuk memerangi rasuah-tidak kira ketika mereka berada di dalam BN, Bersatu mahupun Pejuang.
Sebaliknya, amalan dan dasar Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri itulah yang telah mempopularkan perkataan kronisme, korupsi dan nepotisme (KKN) serta membolehkan kesemua anaknya, termasuk Mukhriz, menjadi billionaire.
Malah, budaya KKN turut dibawa ke dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila Mahathir memegang jawatan PM untuk kali kedua. Ketika itulah kes rasuah banglo Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digugurkan, dengan Mahathir hanya berdrama mengatakan beliau terkejut.
Ia tidak terhenti di situ. Setiausaha politik Mahathir, Muhammad Zahid Md Arip turut terpalit kes rasuah, sebuah syarikat berkait seorang anak Mahathir mendapat projek bernilai RM11 juta OPCOM hanya beberapa hari selepas PH memenangi PRU14, dan banyak lagi.
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Comments
Post a Comment