Sikap hipokrit DAP terserlah dengan pengumuman Teo Nie Ching, Timbalan Pengerusi DAP Johor bahawa parti itu akan meletakkan kombinasi calon Melayu dan kaum lain untuk bertanding dalam Pilihan Raya Johor yang akan datang ini.
Nampaknya DAP masih memainkan persepsi kononnya sebagai parti pelbagai kaum yang mewakili semua masyarakat di Malaysia. Namun begitu, rakyat Malaysia sudah tidak mudah ditipu mereka dan sudah muak dengan helah politik mereka.
Hakikatnya, ia adalah parti rasis yang anti-Melayu. Seperti kata Tun Dr Mahathir, DAP adalah parti perkauman.
Siapakah yang boleh lupa sindiran Nga Kor Ming yang menyamakan kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban? Serta fitnah bahawa kerjasama UMNO-PAS seolah-olah satu "pengisytiharan perang" terhadap orang bukan Melayu?
Bagaimana pula dengan fitnah YB Ganabatirau bahawa tragedi di Kuil Sri Mariamman Seafield disebabkan kegagalan polis yang lambat untuk bertindak? Siapa yang kata ia berpunca dari penganut agama tertentu? Kenyataan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan ketegangan kaum.
Sekarang, DAP mahu meletakkan Melayu sebagai calon dalam PRN Johor pula. Adakah mereka berfikiran bahawa dengan menampilkan calon Melayu maka semua kesalahan terhadap kaum Melayu akan selesai? Apa beza meletak calon Melayu tetapi calon tersebut tidak diberi suara di dalam barisan kepimpinan parti DAP?
Apakah Melayu mendapat tempat terbaik dalam kepimpinan tertinggi DAP? Atau ia hanya retorik sehingga menyebabkan pemimpin DAP seperti David Dass pernah mengatakan bahawa pemilihan parti DAP dimanipulasi oleh Dinasti Lim yang dikuasai Guan Eng dan bapanya Kit Siang?
Apakah kejadian mikrofon Dyna Sofea akan dirampas secara terbuka oleh Lim Kit Siang kembali berulang, sebagaimana yang berlaku ketika kempen PRK Teluk Intan suatu ketika dahulu?
Kenyataan Teo Nie Ching ini juga membuktikan bahawa DAP telah hilang keyakinan terhadap Parti Amanah Negara, yang boleh dikatakan ditubuh oleh DAP untuk menarik sokongan pengundi Melayu. Jelas sekali taktik ini tidak membawa hasil, dan sekarang DAP nampaknya mahu membuang parti Amanah?
Dan jangan lupa ceramah 'superman hew' sebelum ini yang pernah kata 'guna Melayu untuk screw Melayu'.
Nah tonton ni kalau sudah lupa :
https://www.youtube.com/watch?v=bhu4OkfS1Wo

Comments
Post a Comment