DAP semakin berpecah apabila akar umbinya yang tidak menyenangi cengkaman Dinasti Lim ke atas parti itu mula mengambil tindakan drastik.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), seorang bekas ADUN dan seorang bekas Ahli Parlimen DAP telah menyertai Parti Warisan.
Ramai lagi bekas pemimpin DAP, terutamanya di Pulau Pinang dijangka menyusul. Mereka ini telah diketepikan kerana menyuarakan pendapat yang berbeza dengan pucuk pimpinan, walaupun telah lama berjuang bersama parti.
Mereka sedar, walaupun Lim Guan Eng tidak akan menjadi Setiausaha Agung lagi pada pemilihan parti 20 Mac ini akibat kekangan perlembagaan parti, Dinasti Lim dalam DAP akan berterusan, mungkin untuk beberapa dekad lagi.
Ini kerana Guan Eng yang memegang jawatan itu selama 18 tahun, dijangka akan dilantik ke posisi berlainan serta kekal menguasai DAP sebagaimana bapanya, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP dari 1969 hingga 1999, kini penasihat parti.
Adik perempuan Guan Eng, Lim Hui Ying, yang tidak begitu aktif dalam parti, juga dilantik sebagai Senator semenjak 2018.
Dinasti Lim yang mengamalkan politik dendam, pilih kasih serta pantang ditegur telah menyebabkan prestasi buruk parti itu semenjak mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018. Rakyat yang kecewa telah menghukum parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.
Namun kepimpinan parti itu dilihat masih tidak mahu mengaku kesilapannya mahupun menunjukkan komitmen untuk berubah. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengikutnya menganggap DAP sebagai sebuah kapal yang sedang tenggelam dan mahu meninggalkannya secepat mungkin.
#SuaraOrangRamai
#TolakDAP
#TolakPH
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment