Terdesak sungguh ke YB Terence Naidu untuk membuktikan diri sendiri tidak bersalah sehingga 'mengesahkan diri sendiri negatif selepas urine test kali kedua'.
Sedangkan, polis masih menunggu laporan patologi.
"Kita masih tunggu laporan itu. Saya tidak boleh memberi satu tempoh masa, kebiasaannya ia akan mengambil masa sebulan hingga tiga bulan bergantung kepada situasi.
"Sebaik terima (laporan) kita akan lengkapkan siasatan dan akan serahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya Negeri (TPR) untuk tindakan selanjutnya. Sebarang perkembangan lanjut berkaitan kes itu akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sebelum ini rakyat terkejut mendapat tahu bahawa seorang ADUN DAP, parti yang sering kali menguar-uarkan diri mereka sebagai teladan rakyat yang berprinsip dan bermoral, telah ditangkap mengambil dadah?
Ini sudah tentu satu tamparan hebat kepada imej DAP.
Maka tidak hairan apabila YB Terence Naidu mula gelabah mendakwa dirinya tidak bersalah dan telah dihidangkan minuman "aneh", di samping meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak polis.
Anehnya, keputusan ujian kedua ini langsungnya tiada sebarang jenis dadah dikesan?
Kenapa YB DAP mendahului laporan patologi?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment