Rekahan di antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semakin besar, dengan berita terkini di mana Wanita PKR Johor meluahkan rasa kecewa bahawa kerusi DUN Puteri Wanga telah diserahkan kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Sebelum ini ada suara dari kalangan DAP meminta Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengundur dan bersara, sekarang pula keputusan bertanding kerusi di PRN Johor pula dibuat tanpa pengetahuan PKR.
Nampaknya PKR semakin dipinggirkan oleh rakan-rakan "sejati" di dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP dan Amanah.
Melihat ini, ia memang tidak mengejutkan bagi PKR untuk mengambil keputusan bertanding di bawah lambang parti sendiri, dan bukannya lambang Pakatan Harapan.
Kerusi DUN Puteri Wangsa dilihat sebagai kubu kuat PH, kerana ia dimenangkan PH dalam dua pilihanraya umum berturut-turut, tetapi yang bertanding pula bukannya parti dari PH, sebaliknya "rakan strategik" PH, iaitu MUDA.
Lebih aneh lagi, keputusan penting sebegini pula tidak dimaklumkan kepada PKR. Malah, dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut, tiada seorang pun wakil dari PKR yang hadir. Yang dilihat hanya muka-muka dari DAP dan Amanah sahaja. Dan kita semua tahu Amanah hanyalah "pak turut" DAP.
Oleh itu, jelas sekali DAP sedang bersikap sebagai abang besar PH yang membuat semua keputusan tanpa mengendahkan pendapat atau perasaan PKR ataupun Amanah.
Sekiranya keputusan mengenai kerusi pun tidak boleh dibuat secara bermuafakat, bagaimana pula mereka mahu membuat keputusan berkaitan kepentingan rakyat dan negara?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Comments
Post a Comment