Skip to main content

GUNA LOGO SENDIRI SEBAB PKR TAK NAK TERPALIT SKANDAL RASUAH TEROWONG BERNILAI LEBIH RM6BILION?

Pakatan Harapan (PH) kini berada di persimpangan dan perlu bermuhasabah sama ada gabungan itu perlu diteruskan.

Ternyata PH bukan lagi sebuah 'pakatan' apabila PKR memutuskan untuk menggunakan logo sendiri, manakala DAP dan Parti Amanah pula kekal dengan lambang PH, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Malah kegagalan parti-parti komponen untuk mencapai kata sepakat untuk menggunakan logo dan manifesto yang seragam jelas menunjukkan mereka tidak lagi bersatu padu, sekali gus tidak dapat memberikan 'harapan' kepada pengundi.

Mereka terus dengan wayang untuk merebut kerusi. Mereka sanggup menggunakan apa sahaja taktik asalkan dapat memenangi sebanyak mungkin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Dengan menggunakan logo sendiri, PKR dilihat tidak mahu dikongkong oleh DAP dan Amanah yang semakin tidak menyenangi penguasaan PKR serta kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.

Malah PKR mungkin mempunyai perancangan sendiri untuk menyertai gabungan lain secara bebas sekiranya keputusan PRN nanti tidak memihak kepada PH. Penggunaan logo sendiri mungkin merupakan insurans yang bakal melindungi mereka daripada dilabel sebagai katak sekiranya berbuat demikian.

Pendek kata, PH bukan lagi sebuah gabungan yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat sepertimana persepsi umum suatu ketika dahulu.

Mungkinkah PKR tidak mahu terpalit dengan kes banglo gugur dan skandal terowong laut bernilai nilai RM6bilion?

#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
#TolakPKR

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...