Skip to main content

PARTI MUDA SERONOK PORAK PORANDA PAKATAN HARAPAN?

Pertikaian kerusi bagi PRN Johor ini telah mewujudkan kebimbangan di kalangan ahli-ahli PKR, khususnya di dalam sayap pemudanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak senang hati dengan hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding di dalam 6 kerusi milik Pakatan Harapan. 

Nampaknya pemuda PKR sudah rasa tergugat dengan MUDA yang dikatakan orang ramai sebagai parti idealistik baharu yang mampu menarik sokongan pengundi muda, berbeza dengan PKR yang masih dipimpin oleh orang yang sama sejak penubuhannya pada tahun 1998, dan dilihat kehilangan kepercayaan rakyat apabila dikalahkan di semua kerusi yang ditanding semasa PRN Melaka 3 bulan lalu. 

Malah, cita-cita MUDA untuk menggantikan parti-parti PKR jelas dilihat apabila Presidenya, Syed Saddiq memuatnaik posting dalam media sosial yang mengkritik ADUN PKR Ulu Tiram sebagai tidak bekerja.

Jangan pula dilupakan poster "Hentikan Korupsi" yang dimuatnaik platform media sosial MUDA yang meletakkan lambang PKR dan PH sebagai parti yang mengamalkan rasuah.  

Kedua-dua posting kontroversi tersebut sudahun dipadamkan, tetapi ia sudah cukup untuk mendedahkan muka sebenar MUDA, iaitu sebuah parti oportunis yang sanggup menggadaikan prinsip mereka semata-mata untuk meraih manfaat politik. 

Tidak dilupakan MUDA juga bersikap hipokrit. Dalam meminta rakyat "hentikan korupsi", sudahkah mereka lupa bahawa Presiden mereka juga sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah?

Akhir kata, MUDA sebuah parti muda yang bermimpi di siang hari. Mereka menonjolkan diri mereka sebagai suara orang muda dan sebagai sebuah parti politik yang masih bersih. Tidak hairan parti-parti seperti PKR sudah rasa tergugat kerana mereka telah kehilangan sokongan pengundi muda yang sudah menyampah dengan parti-parti "lama" yang dikatakan penuh dengan "katak politik" atau "kluster rasuah".

Namun, hakikatnya MUDA masih tidak bersedia untuk realiti politik. Mereka tidak ada pemimpin berwibawa untuk diketengahkan selain daripada Syed Saddiq. Sama seperti parti Pejuang yang bergantung sepenuhya kepada Tun Dr Mahathir untuk menarik sokongan. Akhirnya, parti-parti "one-man show" ini akan ditalkinkan kerana tiada kesinambungan dalam barisan kepimpinan sepertimana yang wujud di dalam parti-parti lain.

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...