Selangor menjadi negeri kubu kuat Pakatan Harapan (PH) sejak Pakatan Rakyat merampas negeri itu daripada Barisan Nasional ketika pilihan raya umum pada tahun 2008.
Sudah tiba masanya untuk rakyat Selangor memberi peluang kepada parti yang lebih layak memerintah tampuk pimpinan memandangkan PH masih tidak dapat menyelesaikan masalah kritikal negeri itu dalam tempoh masa yang lama.
Keputusan kerajaan untuk melaksanakan UNDI18 dan pendaftaran pemilih secara automatik pastinya mampu memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk memilih parti yang lebih layak memimpin negeri itu.
Golongan muda masa kini semakin bijak, mereka akan memerhati apa juga tindakan yang dilakukan oleh kerajaan baik Pusat mahupun Negeri. Kegagalan PH menangani isu gangguan bekalan air selama berpuluh tahun antara kegagalan terbesar PH untuk terus kekal memimpin Selangor.
PH harus akui bahawa mereka gagal untuk mentadbir Selangor dan rakyat negeri ini patut 'menghukum' mereka pada PRU akan datang.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment