Skip to main content

Plan B PH singkir Anwar


PH AKAN GUNA PLAN B, SINGKIRKAN ANWAR

PH sekarang berdepan masalah dalaman yang sangat teruk, ditambah pula dengan ketiadaan pemimpin berwibawa dan mendapat sokongan majoriti untuk mengepalai gabungan mereka.

Mahathir dan kekuatannya sudah pergi meninggalkan PH untuk bergerak atas tiket Pejuang.

Manakala kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang pula mula dipertikaikan.

Kalau kita lihat perkembangan politik semasa khususnya melibatkan parti-parti dalam PH, kita dapat melihat bagaimana mereka saling sindir menyindir antara satu sama lain.

Sama macam zaman BN mula tumbang pada Mei 2018 dulu, 'rakan-rakan' ramai yang mula melarikan diri, kalau dulu setiap masa mahu berkepit, tetapi bila sudah hilang kuasa, ramai yang lari lintang pukang. Yang tingal, hanya UMNO, MCA dan MIC.

Situasi sama sedang dihadapi oleh PH, yang pernah mendapat kuasa selama 22 bulan.

Anwar yang diagung-agungkan, kini dipandang hina dan jijik.

Lulusnya Belanjawan 2021 menjadi kayu pengukur betapa lemahnya kepimpinan Anwar sedangkan, sikit saja lagi mereka berjaya menggagalkannya. Kalau kita lihat, kerajaan hanya menang tipis dalam semua undian belah bahagian. Namun malang bagi Anwar apabila gagal menyusun kekuatan pembangkang di Dewan Rakyat.

Hari ini, Amanah dan DAP yang boleh dikatakan sebagai paling setia bersama PKR dan Anwar sejak zaman Barisan Alternatif serta Pakatan Rakyat, zaman dimana pembangkang mula menjadi kuat, kini diibaratkan bagai telur di hujung tanduk.

Kegagalan Anwar dalam memastikan peralihan kuasa Tun M-Anwar berjalan dengan baik semasa mereka berkuasa mencerminkan kegagalan Anwar dalam karier politik beliau.

Bila Anwar tidak menjadi PM, sudah tentu ia merobek hati dan perasaan pemimpin Amanah serta DAP, yang dijanjikan dengan macam-macam harapan oleh Anwar.

Atas faktor itu, pemimpin Amanah dan DAP kini dilihat sedang menyusun, merangka sesuatu tanpa kewujudan Anwar mahupun PKR. Lebih-lebih lagi PKR sudah berpecah banyak kem selepas Azmin bertindak keluar parti.

Parti Warisan dilihat lebih baik berbanding PKR. Amanah dan DAP seperti dapat menghidu, kekuatan Warisan di bawah pengaruh Datuk Seri Shafei Apdal diyakini dapat memandu gabungan parti pembangkang dengan baik.

Ini bukanlah perkara baru. Kalau kita baca kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini, sudahpun memberi bayangan bahawa Warisan dan Shafei adalah 'plan B' bagi PH.

Pada 27 Jun 2020, pemimpin tertinggi Amanah dan DAP sudah pun bersetuju untuk mencalonkan Shafei sebagai PM. Ini pastinya satu penghinaan kepada Anwar dan PKR.

Kekuatan dan pengaruh Anwar sudah teruji dan terbukti gagal. Kini tinggal lagi plan B untuk digunakan.

#SuaraOrangRamai yakin DAP-Amanah-Warisan akan bergerak sebagai satu pasukan yang lebih kuat serta mantap berbanding sekarang.

Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh gabungan parti kerajaan, baik Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional.

Kesimpulannya, pemimpin itu datang dan pergi. Nama-nama seperti Anwar dan Mahathir sudah terlalu lapuk untuk meraih sokongan pengundi yang kini majoritinya adalah pengundi muda.

#TolakPH
#TolakDAP

Sumber 
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...