Skip to main content

PH tolak Belanjawan 2021 MOTAC

Industri pelancongan adalah yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19 melanda dunia.

Tidak terkecuali di Malaysia, industri pelancongan kita bagai nyawa-nyawa ikan sudah...

Menteri Kewangan turut mengesahkan perkara ini. Beliau mendedahkan sektor pelancongan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Setiap empat daripada sepuluh pekerjaan dalam sektor itu menanggung kesannya.


Malangnya, Belanjawan 2021 untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( MOTAC Malaysia ) ini ditentang oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang.

Hari ini, mereka meminta undi belah bahagian ketika Dewan Rakyat hendak memutuskannya.

Mujurlah Ahli Parlimen Kerajaan lebih ramai berbanding Ahli Parlimen Pembangkang (PH DAP PKR PAN). Jika tidak, industri pelancongan akan terus malap dan lumpuh sekaligus memberi kesan mudarat kepada rakyat.


Adakah Ahli Parlimen Pembangkang tidak memikirkan soal rakyat? Sehingga tergamak membantah? Adakah Pembangkang suka melihat rakyat merana, sebagaimana rakyat merana ketika PH memerintah sebelum ini?

Adakah pemimpin PH tidak mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat?

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Mybha), Emmy Suraya Hussein berkata, jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus berlanjutan sehingga akhir tahun ini tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan, sekurang-kurangnya 40 hotel bajet di kawasan bandar utama negara akan ditutup menyebabkan kira-kira 2,000 pekerja diberhentikan.

Daripada 2,000 pekerja itu, pasti ada yang mempunyai anak isteri, dan mak ayah yang perlu mereka tanggung. Apa jadi pada nasib mereka kalau hilang punca pendapatan?

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancong Bumiputera Malaysia, Zulkifli Ismail berharap Belanjawan 2021 dapat dikaji semula dengan memberi bantuan one-off sekurang-kurangnya RM1,000 kepada pemandu pelancong yang menjadi barisan hadapan pelancongan negara.

Beliau berkata, ini kerana 80 peratus daripada 9,000 ahli persatuan adalah petugas separuh masa yang tidak mempunyai gaji tetap dan terkesan teruk sejak PKP dilaksanakan sehingga terpaksa membuat kerja lain.

"Antara bantuan lain boleh disalur kerajaan adalah menyediakan kawasan khas kepada persatuan dan ahli untuk memasarkan produk pelancongan seperti kraf tangan dan pakaian, bagi menyemarakkan kembali industri pelancongan negara," katanya.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis berpandangan peruntukan kerajaan terhadap usaha membaik pulih dan menyelenggara infrastruktur bangunan warisan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021, adalah tepat pada masanya.

Beliau berkata, ketiadaan pelancong akibat pandemik Covid-19 membantu mempercepatkan lagi usaha berkenaan, sekali gus memastikan bangunan warisan negara kekal terpelihara.


#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP

Sumber

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...