PKR - parti 'KEADILAN' kononnya parti yang paling lantang bersuara dan menekankan agenda Reformasi tapi rakyat melihat parti ini sebagai parti bermasalah dari segi disiplin dan jemaah parti.
Sejak 1998 lagi, pergaduhan sesama pemimpin, pemimpin merajuk dan keluar parti, kepimpinan yang tidak sebulu sudah biasa dalam PKR.
Terbaru, viral perbualan beberapa pemimpin PKR termasuk daripada sayap pemuda parti yang kecewa dan tidak puas hati terhadap Anwar selepas gagal membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua pemimpin utama Pemuda PKR mengkritik Ahli Parlimen Port Dickson itu mengatakan ahli akar umbi parti dipermainkan dan berterusan bergaduh sesama sendiri sedangkan imej Anwar kekal sebagai "dewa".
Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir ialah nama yang disebut sebagai (antara) individu yang melontarkan kritikan terhadap Anwar itu.
Jadi, ramailah 'penjilat Anwar' yang muncul dan minta Akmal Nasir untuk dikenakan tindakan kerana telah membelakangkan "dewa" mereka.
Ahli parti semakin muak dengan permainan Anwar Ibrahim yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Berpolitik untuk kepentingan diri tanpa memikirkan nasib rakyat dan akar umbi parti.
Akar umbi parti seolah-olah ditipu hidup-hidup oleh Anwar apabila bermati-matian berjuang untung mengangkat figura itu sebagai Perdana Menteri....tapi mustahil...sampai kini masih tidak berhasil. 'Bayang' pun tak nampak...
Insiden seperti ini bukan baru di kalangan pembangkang, mereka lebih suka mengkiritik sesama sendiri berbanding menjalankan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Mungkin ahli politik pembangkang ni lupa apa sahaja yang mereka buat, diperhatikan oleh rakyat. Rakyat muak dengan permainan politik.
Rakyat sudah cukup tertekan dan terbeban dengan penularan COVID-19 ini, rakyat tak perlu disajikan dengan politik sampah pembangkang.
Fokus bekerja sebagai satu pasukan, jadi pembangkang yang berkualiti, mainkan peranan dengan memberi teguran yang bernas kepada pihak kerajaan. Itu lebih baik.
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakPKR
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment