Skip to main content

Minoriti kritikal


KECIL... TAPI BOLEH PENGARUHI KEPUTUSAN PENTING

Bajet 2021 lulus bacaan ketiga di Dewan Rakyat semalam.

Bagi Peringkat Jawatankuasa 27 Kementerian juga semuanya lulus.

Ini menjadikan Bajet 2021 sudah berjaya melepasi Dewan Rakyat. Tinggal lagi perlu diluluskan oleh Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Selepas itu Bajet 2021 boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan negara mulai tahun depan (2021).

Apa yang #SuaraOrangRamai nak bangkitkan adalah mengenai apa yang berlaku semalam, ketika Dewan Rakyat mahu memutuskan Bajet 2021 untuk bacaan ketiga.

Pembangkang minta undi belah bahagian dan keputusannya; sebanyak 111 undi menyokong berbanding 108 undi tidak menyokong.

Kerajaan hanya menang tipis! Hanya beza 3 undi saja!

Cuba bayangkan kalau tak ada kumpulan minoriti seperti MCA (2 kerusi), MIC (1), PRS (2), SUPP (1), PDP (2), PBRS (1), PBS (1) dan STAR (1) yang ada menyokong kerajaan hari ini?

Ya! Bajet 2021 mungkin tak dapat diluluskan!

Ini menunjukkan bahawa peranan kumpulan atau suara minoriti tidak boleh dipandang sebelah mata. Minoriti ini berupaya menjadi kuasa penentu dan mempengaruhi satu-satu keputusan besar yang ingin dilakukan.

Inilah dinamakan sebagai 'minoriti kritikal'.

Andai kata kumpulan minoriti yang sering diperlekehkan ini bertindak diluar jangka, berpaling tadah atau menjadi sama seperti pembangkang (sebab banyak persepsi menggambarkan sesetengah parti tiada beza dengan PH/DAP) maka, tidak mustahil Bajet 2021 tidak diluluskan!

Ini hakikat dan realiti yang perlu ditelan oleh semua pihak dengan hati terbuka.

#TolakPH
#TolakDAP
#Bajet2021
#Belanjawan2021
#TeguhKitaMenangBersama

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

LRT PENANG : Lim Guan Eng DAP kantoi

  Orang yang biasa menipu tidak akan sedar bila masa dia menipu. Mungkin ini yang sedang berlaku pada Lim Guan Eng, big boss DAP yang pernah menjadi Menteri Kewayangan PH. Ceh! Bukan main lagi dia tuduh Menteri Kewangan sekarang @tzafrultaziz kononnya 'double standards'. Dia nak kata seolah-olah Kerajaan hari ini menganak tirikan Pulau Pinang latu... Hallo Guan Eng! Masa kamu jadi Menteri Kewangan dulu, kenapa tak luluskan pinjaman LRT Pulau Pinang? https://www.freemalaysiatoday.com/.../kerajaan-ph-tidak.../ Ini soalan mudah yang tidak mampu dijawab Lim Guan Eng ! #SuaraOrangRamai #TolakDAP #TolakPH SUMBER

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN GAGAL

Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi hasrat penyokong setianya sekaligus membuktikan beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang baik. Kisah pemusuhan Anwar dan Tun Mahathir tak perlu diulang tayang lagi. Rakyat Malaysia tahu yang dua pemimpin negara ini sudah lama bermusuhan. Sebabnya hanya satu - perebutan kuasa. Akibatnya masyarakat berpecah-belah dan turut memberi kesan kepada pepecahan orang Melayu secara khususnya. Tapi, pada September 2016, nama dua pemimpin ini kembali disebut kerana Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan gambar mereka bersalaman tersebar luas di media sosial. https://www.malaysiakini.com/news/354722?fbclid=IwAR2_CZIupPCin9xh97Hzx5i_gJXI2tkqYzgtDanCChFpr2z14CEmV91wyLM Tangan kiri Anwar kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar. Wahh...seperti tiada apa-apa yang berlaku sejak 18 tahun lalu. (1998 - 2016). Pada PRU-14, Anwar tergamak 'melupakan' penat lelah ...

Fitnah 4 projek infrastruktur Penang : Teruk Guan Eng kena tibai dengan Wee Ka Siong

Awal-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai 'senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang' apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah: 1. CADANGAN PROJEK KERETA KABEL PULAU PINANG Projek ini BUKAN di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan. 2. FERI LAMA PULAU PINANG Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya DICADANG, DILULUSKAN dan DIMULAKAN OLEH KERAJAAN PH terdahulu. Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan s...