Lim Guan Eng dan DAP kini kembali meneruskan 'cara kerja' mereka ketika bergelar pembangkang.
1. Persepsi.
2. Fitnah.
Dua perkara di atas akan mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.
Inilah yang sedang dilakukan mereka berhubung isu perkhidmatan feri di Pulau Pinang.
Bukan main lagi Lim Guan Eng 'merintih' kononnya Pulau Pinang dikhianati oleh kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh PN. Kononnya kerajaan PN tiada belas kasihan kepada rakyat Pulau Pinang.
(Ya Lim Guan Eng dan DAP hanya dilihat 'sayang' pada Pulau Pinang saja. Mungkin sebab negeri ini ada 'terowong'.)
Hakikatnya, perkhidmatan feri di Pulau Pinang TIDAK DITAMATKAN sebagaimana dakwaan (baca persepsi dan fitnah) Lim Guan Eng dan DAP.
Ini turut dijelaskan dalam Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul ;
Mungkin Lim Guan Eng dan DAP mahu membangkitkan kemarahan orang Pulau Pinang. Mahu mencetuskan kebencian orang Pulau Pinang terhadap kerajaan PN khususnya MCA. (Kerana Menteri Pengangkutan dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang adalah orang MCA).
Sebenarnya, perkhidmatan feri Pulau Pinang DITAMBAHBAIK DAN DIPERTINGKATKAN seiring peredaran semasa.
Lim Guan Eng dan DAP juga sedar, feri yang digunakan ketika ini adalah TERLALU TUA dan membahayakan keselamatan penumpang.
Kalau betul 'sayangkan' Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP sepatutnya menyambut baik usaha yang dilakukan sekarang.
Atau Lim Guan Eng dan DAP mahu tragedi buruk berlaku? Kemudian akan menyalahkan kerajaan PN, salahkan MCA, salahkan Wee Ka Siong sebab tak jaga keselamatan orang ramai?
Sudah-sudahlah tu Lim Guan Eng DAP. Tahun 2020 pun dah nak habis. Berpolitiklah dengan matang dan bijak untuk kepentingan rakyat. Bukannya berpolitik untuk kepentingan peribadi.
Hentikanlah amalan menyebar persepsi negatif dan politik fitnah!
#ubah
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
Sumber
-- Sent from Gmail Mobile
Comments
Post a Comment