Skip to main content

Keahlian MUDA : Jangan curi data peribadi kami!

Tidak sampai sebulan selepas pandaftaran rasmi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik, muncul pula kontroversi membabitkan proses permohonan keahliannya. 

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa seorang pemuda meluahkan kemarahan terhadap parti MUDA dan pengasasnya, YB Syed Saddiq apabila dia telah menerima surat pengesahan keahliannya daripada MUDA walaupun tidak memohon menjadi ahli MUDA.

Sekiranya ini benar, nampaknya MUDA tidak begitu popular di kalangan generasi belia sepertimana yang didakwa. Mungkin juga MUDA terdesak mencari ahli-ahli baru sehingga terpaksa mendaftarkan orang ramai tanpa kebenaran mereka.

Apapun penjelasan yang diberi MUDA atau Syed Saddiq, ia tetap jelas dilihat bahawa sistem pendaftaran MUDA masih lemah dan tidak selamat. 

Sekiranya masalah ini tidak diperbaiki, ia mungkin mewujudkan kontroversi terhadap kepimpinan parti seperti mana yang berlaku dalam pemilihan parti PKR dan DAP. 

Kerja-kerja MUDA sepanjang masa banjir tidak boleh dinafikan, dan kami mengiktiraf usaha mereka kepada rakyat. Walaupun Syed Saddiq dilihat sering bermain wayang ketika turun padang membantu mangsa banjir.

Sekiranya sistem keahlian MUDA masih tidak sempurna, maka mereka belum bersedia menjadi sebuah parti politik yang memperjuangkan amalan demokrasi serta ketelusan.

#SuaraOrangRamai
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

Apa cerita kes DAP langgar SOP masa Konvensyen Perak?

14 Mac 2021 : Polis siasat pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796240/bhplus Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864168504507365/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Say no to ANTARA DUA DARJAT! Kompaun RM20juta sebab langgar SOP?

DAP ni macam ketam ajar anak jalan lurus. Kalau dah mak apaknya memang dah jalan senget, mana maunya anak jalan lurus? DAP poyo je kata mahu bantu khidmat guaman secara percuma kalau ada yang kena kompaun RM10,000 kerana langgar SOP. Tapi DAP sendiri yang dilihat langgar SOP? Ada kira-kira 2,000 yang hadir konvensyen DAP Perak semalam. Kalau semua kena kompaun, mungkin kompaun cecah RM20 juta. Oklah tu nanti DAP bolehlah buat kutipan derma raih simpati. Mintak orang ramai bagi derma pada DAP untuk langsaikan kompaun RM20 juta. Jangan lupa kata, ini satu penindasan terhadap DAP oleh parti lawan!  Ini semua salah Najib Razak ! Hahaha Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/859881154936100/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

PERANAN KUMPULAN MINORITI YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN

Semasa Barisan Nasional (BN) berkuasa selama 6 dekad lalu, mereka ada 14 parti komponen dengan pelbagai latarbelakang. Tujuannya apa? Sedangkan UMNO (baca Melayu) adalah pemegang kuasa terbesar baik dalam BN mahupun pentadbiran negara. Namun UMNO yang bersifat sederhana, inklusif dan bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan ini memilih untuk bekerjasama dengan 13 parti politik lain membentuk Barisan Nasional. Kalau kita baca sejarah, konsep gabungan parti dan perkongsian kuasa ini sudahpun diamalkan sejak dahulu lagi apabila UMNO bersama MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan. Inilah asas dan roh sebenar negara kita, Malaysia. Berbalik kepada persoalan pada perenggan kedua di atas, apa tujuannya? Kenapa UMNO mahu berkongsi kuasa dengan parti lain? Jawapannya mudah, kerana UMNO adalah sebuah parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kepentingan kumpulan minoriti di Malaysia. Sebab itulah wujudnya perkongsian kuasa di Malaysia sejak dahulu lagi.  Malah, kon...