Skip to main content

PERANAN KUMPULAN MINORITI YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN


Semasa Barisan Nasional (BN) berkuasa selama 6 dekad lalu, mereka ada 14 parti komponen dengan pelbagai latarbelakang.

Tujuannya apa? Sedangkan UMNO (baca Melayu) adalah pemegang kuasa terbesar baik dalam BN mahupun pentadbiran negara.

Namun UMNO yang bersifat sederhana, inklusif dan bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan ini memilih untuk bekerjasama dengan 13 parti politik lain membentuk Barisan Nasional.

Kalau kita baca sejarah, konsep gabungan parti dan perkongsian kuasa ini sudahpun diamalkan sejak dahulu lagi apabila UMNO bersama MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan. Inilah asas dan roh sebenar negara kita, Malaysia.

Berbalik kepada persoalan pada perenggan kedua di atas, apa tujuannya? Kenapa UMNO mahu berkongsi kuasa dengan parti lain?

Jawapannya mudah, kerana UMNO adalah sebuah parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kepentingan kumpulan minoriti di Malaysia. Sebab itulah wujudnya perkongsian kuasa di Malaysia sejak dahulu lagi. 

Malah, konsep ini turut diikuti oleh parti pembangkang sebelum mereka mendapat kuasa. Ya, Pakatan Harapan (sebelum ini Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat) juga menggunapakai konsep sama. Sebelum ini mereka ada PAS (Melayu). Semasa PRU14 mereka ada PPBM di bawah Tun Mahathir Mohamad yang membawakan sokongan orang Melayu, DAP (Cina), PKR (India dan pelbagai), PAN (Melayu pecahan PAS), Warisan (Bumiputera Sabah) dan parti-parti lain termasuk Sarawak.

Inilah uniknya politik Malaysia. Perjalanan politik di negara ini bergerak seiring dengan konsep masyarakat majmuk - pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Begitu juga dengan apa yang berlaku hari ini. Walaupun ramai pihak khususnya dalam kalangan pembangkang menyifatkan kerajaan hari ini adalah kerajaan Melayu. Ini kerana PPBM di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalin kerjasama erat dengan PAS dan UMNO. Ketiga-tiga parti ini didominasikan oleh orang Melayu, walaupun PPBM yang kerusinya sedikit memegang kuasa terbanyak dan portfolio utama dalam pentadbiran negara.

Namun, pentadbiran Malaysia di bawah Muhyiddin juga menggunakan konsep perkongsian kuasa, sama seperti era BN dan PH. Cuma ia tidaklah begitu seimbang berbanding semasa pemerintahan BN dan PH. Walaupun ramai Melayu dalam Kabinet Muhyiddin, tetapi ia tidaklah 100% Melayu. Sebaliknya Muhyiddin turut mengangkat peranan kumpulan minoriti. Sedangkan boleh saja Muhyiddin letak semua orang Melayu menduduki posisi dalam Kabinetnya.

Suka atau tidak, kumpulan minoriti mampu berperanan sebagai kuasa penentu. Sebagaimana ramai tahu, politik itu adalah berasaskan kepada nombor. Jika masih ingat bagaimana Muhyiddin dapat meraih sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Beliau hanya dapat sokongan nipis. Bayangkan kumpulan minoriti seperti MCA, MIC dan parti-parti Sabah dan Sarawak tidak menyokong, sudah tentu PM hari ini bukanlah Muhyiddin. Ini fakta nombor yang tiada siapa dapat pertikaikan. 1 undi amatlah besar sehingga boleh mengubah negara.

Selain menjalankan proses semak dan imbang, kumpulan minoriti ini juga memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak-hak mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Inilah pentingnya kumpulan minoriti dalam sebuah kerajaan dan juga dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Semua kaum sedia bertolak ansur dan bersatu padu demi kebaikan rakyat serta negara. Sebab itu, mana-mana pihak khususnya pemimpin tidak boleh dengan sewenang-wenang membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira kepentingan semua kaum. Adalah tidak masuk akal membatalkan mana-mana cuti sempena acara kebudayaan atau keagamaan mana-mana kaum di Malaysia ini, semata-mata mahu menunjukkan 'betapa ekstremisnya kerajaan ini' sehingga mengenepikan hak kumpulan minoriti. 

Pemimpin yang disanjungi adalah pemimpin yang bersikap terbuka, merendah diri, bertoleransi dan paling penting, menghormati kumpulan minoriti. Hayatilah bagaimana prinsip perkongsian kuasa diamalkan sejak sekian lama. Cara pemerintahan kuku besi atau ekstremis sememangnya tidak sesuai untuk dipraktikkan di bumi Malaysia.

Kesimpulannya, perkongsian kuasa sudah lama diamalkan di Malaysia. Ini seiring dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta memelihara kepentingan dan hak kaum minoriti. Jika kita sanggah perkara ini, bermakna kita juga menyanggah Perlembagaan Persekutuan - tiang utama negara Malaysia. 

#SuaraOrangRamai
#SayangMalaysia

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

Apa cerita kes DAP langgar SOP masa Konvensyen Perak?

14 Mac 2021 : Polis siasat pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796240/bhplus Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864168504507365/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Say no to ANTARA DUA DARJAT! Kompaun RM20juta sebab langgar SOP?

DAP ni macam ketam ajar anak jalan lurus. Kalau dah mak apaknya memang dah jalan senget, mana maunya anak jalan lurus? DAP poyo je kata mahu bantu khidmat guaman secara percuma kalau ada yang kena kompaun RM10,000 kerana langgar SOP. Tapi DAP sendiri yang dilihat langgar SOP? Ada kira-kira 2,000 yang hadir konvensyen DAP Perak semalam. Kalau semua kena kompaun, mungkin kompaun cecah RM20 juta. Oklah tu nanti DAP bolehlah buat kutipan derma raih simpati. Mintak orang ramai bagi derma pada DAP untuk langsaikan kompaun RM20 juta. Jangan lupa kata, ini satu penindasan terhadap DAP oleh parti lawan!  Ini semua salah Najib Razak ! Hahaha Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/859881154936100/?d=n -- Sent from Gmail Mobile