INI BUKTI DAP DAN PAKATAN HARAPAN HANYA BERLAGAK KONONNYA ANTI RASUAH, ANTI SALAHGUNA KUASA. HAKIKATNYA, KORANG BACALAH SAMPAI HABIS…
Isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjadi perbincangan ramai pihak dan tidak dinafikan ini akan dijadikan 'bahan' hangat yang akan diulang dan diungkit oleh pembangkang untuk beberapa minggu atau bulan yang mendatang.
Hakikatnya, Pakatan Harapan (PH) tidak perlu ada double standard dalam menjatuhkan hukum kepada individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan ini kerana mereka masih belum didapati bersalah secara rasmi. Kenapa bila dakwaan rasuah yang melibatkan kerajaan , PH laju 'buat kerja' - jatuhkan hukum, tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pula nak berdalih dan sembunyi.
PH ambil peluang untuk mengkritik Azam dalam isu pemilikan sahamnya, dan mendakwa ia tindakan yang bukan sahaja mencemarkan nama baik SPRM tetapi juga kerajaan. Mungkin PH lupa bahawa Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng juga berdepan dengan kes di mahkamah apabila dikatakan menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dengan meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli apabila syarikatnya dianugerahkan projek berkenaan.
Isu mengenai skandal terowong dasar laut ini amat serius kerana ia melibatkan nilai lebih RM6 bilion. Malah, dokumen bocor yang dikatakan milik SPRM sepertimana didedahkan blogger Raja Petra masih belum terjawab sehingga kini.
Begitu juga dengan isu membabitkan Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila beliau dan keluarganya dikatakan terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). SPRM mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami Zeti, Datuk Dr Tawfiq Ayman. Bukan itu sahaja, Zeti turut didakwa menerima sejumlah wang daripada individu paling dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low.
Terdapat bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Buktinya? Unit Goldman Sachs Malaysia (Goldman Sachs) bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ini sekaligus membuktikan Goldman Sachs mengakui salah laku oleh dua bekas pegawainya di dalam skim penipuan dan rasuah 1MDB. Ini menunjukkan kaitan isu 1MDB ini adalah konspirasi pegawai Goldman Sachs dan Jho Low dan tidak melibatkan pembabitan Najib.
Memetik tulisan penulis politik, saudara Syed Agil Jamalullail, bukti perbualan email antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi Limited (PSI), Tarek Obaid dan Pengarah PSI, Patrick Mahoney menunjukkan bagaimana mereka merancang untuk menipu kerajaan dan Najib dalam penilaian aset bagi sebuah projek. Adakah ini tidak cukup jelas bahawa Najib tidak terlibat?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak Zeti menerima wang daripada 1MDB.
PH, Mahathir dan media pembangkang ambil peluang dengan memainkan isu Azam untuk 'menutup' dakwaan terhadap isu Zeti dan keluarganya yang 'bekerjasama' dengan Jho Low.
Kenapa rasuah yang melibatkan berpuluh bilion, tidak mahu ambil tahu, tapi kes milikan saham Azam yang tidak sampai RM1 juta didesak untuk dijatuhkan hukuman?
Kenapa perlu ada double standard?
Adakah ini menunjukkan bahawa PH tidak ikhlas memerangi rasuah dan penyelewengan kuasa?
#SuaraOrangRamai
#TolakPH
#TolakDAP
-- Sent from Gmail Mobile

Comments
Post a Comment